Pasport & Visa: Tak Perlu Cuak ‘Fly’ Seorang Diri, Baca Tip Ni Untuk Bantu Anda

Tak semua orang berkemampuan untuk melancong sana sini, tambah lagi jika di luar negara. Bila dah jadi dewasa dan mempunyai gaji sendiri baru lah nak merasa dan ada kesempatan untuk lihat keindahan negara orang. Mungkin anda yang sedang baca artikel ini tidak mempunyai pengalaman untuk ‘terbang’ jauh.

Haa dalam kepala mesti dah fikir macam-macam boleh ke nak ‘solo traveller’ ni? Macam mana nak daftar masuk, proses imgresen, barang apa boleh bawa dan tidak boleh bawa? Jangan risau segala persoalan dan tanda tanya anda akan Donna bantu, jom baca tip di bawah  persiapan sebelum anda menaiki kapal terbang.

Image result for passport"

Sumber: theasian

Pasport Dan Visa

Bila dah sampai di lapangan terbang, first thing first periksa terlebih dahulu pasport dan visa anda. Penting untuk anda membuat persiapan untuk mengetahui negara mana yang memerlukan visa atau tidak. Jangan nanti bila dah sampai negara orang, kena halangan dengan pihak imigresen.

  • Pasport – buku lawatan merah bagi warnegara Malaysia
  • Visa – pass kemasukan yang dikeluarkan oleh kedutaan negara ingin dilawati.

Image result for drop baggage"

Sumber: pinterest

Carry On Luggage & Check In Luggage 

Drop Baggage

Bila anda check in penerbangan secara atas talian dan anda boleh terus untuk letakkan bagasi anda. Untuk pengetahuan setiap syarikat penerbangan mempunyai elaun bagasi yang telah ditetapkan.

Carry on Luggage 

Setiap bag kecil anda boleh dibawa masuk ke dalam kabin, berat pula kena kurang 7-8kg.

Image result for scan bag airport"

Sumber; businessinsider

Passport Control 

Bila bab imgresen ni ramai yang takut, jika anda di KLIA akan ada kiosk untuk periksa pasport anda, tak perlu beratur di kaunter pun mudah kan? Penting untuk anda baca segala peraturan di web airlines.

Barang-barang di bawah perlu disediakan dalam bekas untuk diperiksa :

  • Keluarkan laptop, telefon bimbit dan barang elektronik
  • Tanggalkan peralatan barang kemas, tali pinggang dan apa sahaja barangan metal
  • Tanggalkan jacket, kot dan sunglasses

Bukan itu sahaja, penting untuk anda bawa travel itineray dan travel insurance untuk digunakan semasa sampai ke destinasi. Jangan ambil mudah kerana anda tidak akan tahu apa yang berlaku sepanjang tempoh perjalanan pergi dan balik.

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Selalu Sakit Kaki Ketika Jogging Jangan Mengeluh Cuba Tip Ni Dulu

 

Sumber: libur

 

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna