Pasangan Tak Suka Bermesra, Wajar Ke Isteri Tolak Permintaan Suami?

Aktiviti hubungan intim pasti saat yang sering dinanti-nantikan bagi pasangan suami isteri untuk menghangatkan lagi cinta antara satu sama lain. Ia juga melibatkan kerelaan dan kepuasan kedua-dua pihak agar ianya tidak diibaratkan ‘bertepuk sebelah tangan’ dan seharusnya hubungan intim tersebut perlu melibatkan sentuhan fizikal yang memberi keselesaan sama ada daripada pihak isteri mahupun suami.

Jika salah seorang daripada anda tidak menyukainya, apa yang anda patut lakukan? Haa kedengaranya agak pelik buat pasangan yang sudah berkahwin tetapi jangan disangka keadaan seperti ini sering berlaku kepada pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga setelah bertahun-tahun lamanya. Faktor utama, mungkin isteri berasa tidak selesa selepas mempunyai anak, tetapi adakah wajar dan perlu bagi mereka untuk menolak permintaan dan ajakan daripada suami?

Image result for husband and wife sleep fight

Sumber : bestlife 

Opps! Sebelum tu, anda harus bertenang jika anda adalah orang yang tidak suka akan sentuhan secara seksual, mungkin perasaan takut untuk memberitahu suami adalah perkara yang membuatkan anda dilema bila berfikir tentangnya. Menurut Petra Boyton seorang pakar psikologi menyatakan terdapat beberapa sebab kenapa ada pasangan yang menolaknya:

  • Semasa kecil mereka telah diajar rangsangan oral adalah perkara yang salah dan bukan ‘semula jadi’.
  • Alat sulit dilihat sebagai kotor dan tidak patut dimasukkan ke tempat ‘lain’.
  • Pernah diejek atau dikritik kerana alat sulit sendiri, atau prestasi ketika memberi rangsangan oral.
  • Tidak yakin dengan tubuh badan sendiri.
  • Tiada alasan, dan secara semula jadi tidak suka akan rangsangan oral.

Related image

Sumber : medical

Sebagai suami anda perlu tahu, faktor utama mengapa ada isteri yang mengaku mereka enggan melakukan perkara tersebut dan sukar memberitahu pasangan kerana disebabkan dua perkara iaitu tidak mahu melukakakan hati suami dan dianggap derhaka terhadap suami.

Kedua adalah tidak mahu mencalar ego lelaki sebagai seorang suami apabila isteri sendiri menolak ajakan mereka. Bagi memastikan hubungan anda dan pasangan tidak goyah kerana perkara seperti ini dinasihatkan agar cuba bersikap terus terang dan bincang dalam setiap perkara supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik di sini :

Bayi Cacat Disebabkan Ibu Suka Merokok Ketika Hamil

 

 

 

Sumber : aseanparent

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna