Pasangan Botak Kini Jadi Kegilaan & Kegemaran Wanita

Dahulu jika mempunyai pasangan dalam kalangan lelaki yang mempunyai masalah keguguran rambut atau botak dikatakan sesuatu yang agak memalukan.”

Pada ketika itu, ramai kaum adam menggunakan wig atau rambut palsu untuk menutup kesan cela itu. Menurut pandangan mereka, jika tidak mempunyai rambut yang banyak rupa mereka kelihatan sangat tua dan tidak dapat mengikut aliran fesyen yang sedang berkembang.

Sumber Foto: yourtango.com

Namun hari ini, itu semua sudah berubah.  Buat wanita, awas jika anda mempunyai pasangan yang berkepala botak. Kemungkinan untuk pasangan anda menjadi pujaan wanita lain adalah tinggi. Ini mungkin berita baik kepada lelaki yang botak. Menurut kajian, ramai wanita hari ini berpendapat lelaki botak lebih seksi dan nampak sangat maskulin daripada lelaki berambut lebat. Bunyinya agak keterlaluan, tetapi itu kenyataan menerusi beberapa kajian yang mendedahkan lelaki botak lebih menarik perhatian wanita era ini.

  • Wanita tidak kisah dengan lelaki botak

Menurut WebMD, 80 peratus lelaki akan mengalami masalah keguguran rambut. Mungkin mereka akan malu dengan masalah tersebut, namun kajian menunjukkan isteri sebenarnya tidak kisah dengan suami botak.

  • Ramai selebriti lelaki memilih untuk botak

Sumber Foto: thebaldgemt.com

Mesti ramai yang tidak percaya. Kajian diterbitkan di dalam jurnal Social Psychological and Personality Science mendedahkan, wanita lebih tertarik dengan lelaki botak. Oleh sebab itu ramai selebriti antarabangsa dan model terkenal yang tidak malu untuk mengayakan potongan kepala botak disebabkan trend penampilan hari ini yang sudah berbeza dari dahulu.

  • Wanita menganggap lelaki botak jauh lebih menarik

Sumber Foto: rebelcircus.com

Menurut laporan ABC News, kajian turut dilakukan ke atas 60 wanita dan mereka diberikan gambar serta perlu mengukur tahap menarik seseorang lelaki itu. Ternyata lelaki yang botak menjadi pilihan.

  • Wanita menganggap lelaki botak lebih kuat

Sumber Foto: Google Image 

Menurut laporan ABC News, isteri mengganggap suami botak lebih maskulin dan selalunya lelaki botak bekerja sebagai polis, bomba, ahli bina badan, peninju dan lain-lain kerjaya yang menunjukkan ‘kelakian’ seseorang.

  • Lelaki botak dianggap tinggi keyakinan diri

Sumber Foto: thebaldgemt.com

Ia memerlukan keyakinan diri yang tinggi untuk berdiri di khalayak ramai dengan rambut botak. Jadi, lelaki botak mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Dengan kenyataan ini jangan pula lepas ini ramai lelaki berkepala botak menggatal mengurat perempuan lain sesuka hati. Bak kata pepatah apa jua yang ingin anda lakukan cermin dahulu diri sendiri ya.

 

 

Sumber: glamlelakithebaldgemt.com

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna