‘Parents Take Note’! Doktor Kongsi Tip Sembuhkan Sakit Sunat Untuk Kanak-Kanak

Sekarang ni dah start musim cuti sekolah kan? Selain merancang aktiviti luar untuk anak-anak, jangan lupa untuk melaksanakan tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk menghantar mereka ke klinik atau program sunat bagi anak lelaki. Sebut je pasal sunat, mesti ia sesuatu perkara yang menakutkan bagi mereka jadi masa ini peluang untuk anda mendidik mereka dengan kebaikan dan manfaat bersunat supaya dapat menghilangkan rasa gemuruh dan takut.

Salah seorang doktor telah berkongsi di media sosial tentang tip mudah untuk menyembuhkan sakit sunat yang anda perlu tahu. Jangan risau, tak susah pun yang penting ikut langkah-langkah dan barang sesuai yang digunakan untuk diamalkan di rumah. Ini kerana doktor tersebut mendapati ramai ibu bapa yang membawa anak-anaknya ke klinik akibat daripada luka selepas bersunat.

Image result for gauze

Sumber: wolf 

Buka Balutan Luka Selepas 2 Hari

Ibu bapa disarankan untuk membuka balutan gauze selepas dua hari untuk memastikan lubang penis anak dapat dibasuh dengan bersih setiap kali membuang air kecil.

Cuci Luka Selepas 2 Hari

Proses ini dinamakan wound dressing, selepas anda menanggalkan balutan sunat dan luka tersebut perlu dicuci dengan rapi bagi mengelakkan sebarang kuman merebak. Lebih baik jika anda mencuci dengan normal saline yang boleh di dapati di farmasi atau klinik. Untuk cepat kering, anda boleh gunakan hair dryer, gunakan suhu sederhana dan arah ke zakar anak anda selepas dicuci.

Image result for sakit sunat

Sumber: doktersehat

Jangan Kopek Luka Secara Paksa

Never! Pastikan anak anda tidak menyentuh kepingan luka atau digosok dengan kuat. Ia akan tertanggal sendiri semasa mandi atau apabila ia selalu dicuci.

Atasi Masalah Bengkak Pada Zakar

Kebiasaanya anak anda akan mengalami sedikit bengkak pada bahagian zakar, dan masyarakat Melayu memanggil ia sebagai bentan. Walaupun perkara ini sering berlaku, tetapi sebagai ibu bapa anda dinasihati untuk tidak memandang remeh dan melihat tanda jangkitan bengkak terbabit sekiranya terjadi.

  • Bengkak yang terlalu besar
  • Kulit di sekitar kawasan bengkak menjadi kemerah-merahan
  • Mempunyai cecair likat yang kelihatan seperti nanah
  • Berdenyut dan rasa sakit
  • Sakit masa kencing
  • Kawasan luka berdarah
  • Demam

Sekiranya perkara di atas terjadi, kemungkinan anak anda mungkin mengalami jangkitan. Dinasihatkan supaya segera untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan.

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Isteri Malu Nak Cakap? Tapi Mungkin Ini Posisi Favourite Wanita Yang Suami Patut Tahu

 

 

 

 

Sumber: asianparent

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna