Pantau Aktiviti Anak-Anak Musim Banjir Ni Untuk Kesihatan & Keselamatan Mereka

Bila tiba hujung tahun je, musim banjir pasti melanda rakyat Malaysia dan selalunya berlaku di kawasan pantai timur. Tengah hari semalam, Berita Harian melaporkan keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan 7,342 mangsa daripada 2,324 keluarga dipindahkan.

Kesemua mangsa banjir ditempatkan di 74 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah, iaitu Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Bachok, Jeli dan Kuala Krai. Tapi, apa yang menarik perhatian kami lagi, adalah sebuah video viral di twitter.

Video tersebut menunjukkan beberapa orang kanak-kanak sedang seronok bermain air banjir yang memasuki rumah mereka.

Sebagai ibu bapa atau penjaga si kecil, anda tak seharusnya membiarkan mereka terlalu seronok bermain air banjir tak kira di dalam atau di luar rumah kerana banyak kemungkinan buruk yang boleh terjadi pada mereka selain daripada lemas.

Antara kesan yang boleh menjejaskan kesihatan mereka adalah….

  1. Demam kepialu.
  2. Cirit-birit.
  3. Hepatitis A
  4. Taun
  5. Keracunan makanan
  6. Demam denggi
  7. Demam campak
  8. Cacar air.
  9. Jangkitan kulit.
  10. penyakit kaki, tangan dan mulut ( HFMD)
  11. Malaria
  12. Terpijak benda tajam yang tenggelam di dalam air seperti serpihan kaca yang pecah.
  13. Digigit ular.

Bahaya bukan? Awasilah pergerakan si manja ketika musim banjir.

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

Banjir Ke Tak Kawasan Rumah, Musim Hujan Ni Kena Juga Buat Persediaan ,

Ibu Mengandung Perlu Tahu Apa Itu GBS” – Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita

 

 

 

 

Sumber: BHtwitter

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna