Pankek Kurma Mampu Bekalkan Anda Tenaga Sepanjang Hari

Waktu sahur, hidangan yang ringkas dan mudah adalah pilihan utama bagi para ibu. Jom cipta kelainan untuk sahur kali ini dengan menu Pankek Kurma untuk anak-anak dan suami.

Kurma memang diketahui mempunyai khasiatnya yang tersendiri dalam membantu meningkatkan imunisasi badan, selain dapat membekalkan tenaga dan juga membantu sistem pencernaan. Kelainan resepi kali ini pasti buat keluarga anda segar saat bersahur nanti.

Bahan-bahan:

Secawan tepung kek

Sebiji telur

25g Mentega

3 Sudu besar susu pekat

Secawan susu Farm Fresh Milk

2 Biji kurma yang telah dicarik

Cara penyediaan:

Campurkan kesemua bahan menjadi adunan. Pastikan tiada ketulan dalam aduanan. Panaskan kuali, dan tuangkan 1 cawan kecil adunan ke atas kuali yang telah dipanaskan. Masak sehingga warna berubah menjadi keemasan dan hidangkan bersama susu Farm Fresh Kurma.

Untuk memudahkan kerja, anda boleh sediakan bahan-bahan campuran malam sebelum tidur. Esok pagi anda hanya perlu campurkan kesemua, nah siap! Nak lagi cepat, beli sahaja bahan-bahan yang diperlukan ni di pasaraya Giant berdekatan anda. Selamat berpuasa!

 

Klik di bawah ini untuk resepi sahur yang lain:

Smoothie Strawberi & Pisang

 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna