Panggil Rakan Sekerja ‘Sayang’, Anda Dikira Lakukan Gangguan Seksual

Sebenarnya kes gangguan seksual dekat tempat kerja ini bukan benda yang jarang kita dengar. Macam-macam kes dah pernah ada. Kadangkala sesama rakan pekerja. Ada juga kes antara orang atasan dengan pekerja bawahan. Kalau anda nak tahu, gangguan seksual ini bukan hanya sentuhan fizikal sahaja tau. Ia lebih daripada itu.

“Saya bukan nak mengurat awak, saya cuma peramah sahaja,”

Mungkin anda pernah dengar rakan sekerja anda cakap begini. Tapi tahukah anda sebenarnya ada beza antara ‘ramah’ dan ‘mengurat’ sehingga boleh mengundang gangguan seksual?

BACA: Jangan Buat! Ini Benda Turn Off Sepanjang Interview Pekerjaan

Berikut adalah beberapa perkara yang sebenarnya dikira gangguan seksual walaupun nampak macam biasa sahaja. Baca sampai habis!

  1. Rakan sekerja atau bos panggil anda dengan panggilan sayang secara publik atau menerusi mesej.
  2. Rakan sekerja atau bos anda pegang bahu anda, salam tanpa sebab atau sentuh pipi anda.
  3. Rakan sekerja atau bos anda beri hadiah seperti barangan berjenama, bunga, coklat, supaya anda memberikan perhatian khusus kepadanya.

BACA: PM Lanjutkan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Tapi Bersyarat!

4. Bos anda suruh buat kerja di luar bidang tugas seperti ambil dia di lapangan terbang, ikut beli baju untuk makan malam dan tunjukkan bilik hotel.

Di bawah Akta Pekerjaan 1955, gangguan seksual adalah perilaku bersifat seksual yang tidak diingini secara lisan, non verbal, visual, isyarat dan fizikal yang bertujuan untuk menyingung perasaan atau memalukan pekerja.

Jika anda, atau kawan anda pernah mengalami peristiwa seperti ini, jangan berdiam diri. Bersuaralah untuk memastikan hak anda dibela. Jika majikan anda tidak mahu menyiasat gangguan seksual yang dilaporkan, mereka boleh dikenakan sebanyak RM10.000.

Bersuaralah, anda tidak berseorangan!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Mashable

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna