“Pandainya Cik B!” – Anak Dato’ Seri Vida Tunjuk Bakat Baru

Qu Puteh, Qu Puteh barulah putih!”

Itulah tagline usahawan terkenal, Dato’ Seri Hajah Vida. Dirinya mula menjadi perbualan orang ramai apabila Dato’ Vida memperomosikan pelbagai produk-produk kecantikan dalaman dan luaran wanita. Bukan tu je, untuk produk untuk IQ kanak-kanak pun ada. Jadi, tak hairanlah kalau puteri sulungnya pun pandai berniaga.

Yelah, mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi, betul tak? Sayangnya, bukan itu yang kita nak bincangkan sebab rasanya semua orang dah tahu, anaknya Edlynn Zamilleen Binti Muhammad Amin atau lebih mesra dengan panggilan Cik B mempunyai perniagaan sampai eksport ke luar negara!

Menerusi laman Instagram Dato’ Seri Vida, Cik B menunjukkan bakat barunya iaitu menyanyi lagu rap ala-ala penyanyi muzik Hip Hop terkenal, Muhammad Hairi Amin atau lebih dikenali MK K-Clique. Wah! Biar betul ni, dah lah muda-muda lagi pandai berniaga, lepas tu sekarang ni boleh rap pulak? Jom lihat video berikut.

“Pandai cik B rap!”

Video tersebut meraih lebih lebih 170 ribu tontonan umum dan seperti biasa, netizen membanjiri komen dengan memuji bakat Cik B. Bukan je pandai berniaga tapi pandai menyanyi rap juga. Bukan calang-calang Cik B ni, ihiks! 

 

Tak sangka, selain daripada pandai berniaga, Cik B pun pandai menyanyi rap. Donna nak rap sebaris pun, tak cukup nafas. Nasib baiklah Dato’ Seri Vida seorang ibu yang sentiasa menyokong segala apa anaknya minat. Semoga Cik B menjadi anak yang boleh dibanggakan bila dah besar nanti.

Untuk bacaan lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel berikut: Basahkan Tekak Dengan Air 3 Layer Resipi Anak Sulung Datuk Seri Vida , Tingkah Laku Si Manja Yang Ibu Bapa Kena ‘Alert’ Bila Datang Rumah Orang

 

 

 

Sumber: instagram dato seri vida

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna