Panda Pun Mata Dia Tak Lebam Sangat Macam Aku!

Kau ni selalu tak cukup tidur ke? Mata lebam teruk macam panda la. Macam kena tumbuk pun ada juga”

Ya, rutin yang menyebabkan kekurangan waktu tidur selalunya akan membuatkan mata kelihatan bengkak, tidak bermaya dan menyebabkan kemunculan lingkaran gelap di bawah mata. Selain daripada tidak mendapat tidur yang cukup, masalah ini juga berpunca daripada tekanan, menghadap komputer atau telefon bimbit terlalu lama, keletihan, faktor usia, kulit sekitar mata yang nipis, dehidrasi atau radang dan faktor keturunan. Lingkaran gelap bawah mata situasi yang cuba dielak oleh ramai wanita kerana membuatkan wajah tampak letih, tidak bermaya malah kelihatan tua daripada usia. Mata bengkak atau sembab akan mencacatkan penampilan sehingga boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Pepatah orang tua tua mengatakan dari mata turun ke hati. Bila mata bertentang mata hati di dalam bagai nak gila. Sesungguhnya mata memainkan peranan penting bagi menjadikan seseorang tampak cantik dan menawan. Cuba cara ini untuk mengurangkan masalah lebam di bawah mata.

TEH UNCANG

Sumber foto: 123rf

Teh mempunyai seribu satu khasiat selain dapat meningkatkan metabolisme tubuh, teh juga dapat menghilangkan ­lingkaran gelap bawah mata tau. Anda boleh lakukan rutin ini setiap hari. Paling mudah, rendam uncang teh dengan air suam. Kemudian letakkan­nya ke atas kelopak mata selama beberapa minit. Lingkaran gelap bawah mata menjadi pudar dan lama-kelamaan akan hilang sepenuhnya.

 

TIMUN

Sumber Foto: Google Image

Kandungan astringent yang terdapat pada timun membantu menyegarkan mata bengkak atau sembab. Ramai wanita yang menggunakan timun jika mata terasa letih dan perlukan rehat. Ambil timun yang disimpan sejuk dalam peti sejuk kemudian hiris timun secara nipis. Pejamkan mata dan letakkan timun itu ke atas kelopak mata dalam keadaan baring. Biarkan selama 10 minit. Anda pasti akan dapat berasakan kesegarannya serta bengkak di bawah mata akan turut surut. Jika malas, beli sahaja produk berasakan timun dan oleskan sahaja di bawah mata.

 

AIS

Sumber Foto: mashable.com

Ramai pakar kecantikan menggunakan trik kiub ais untuk mengurangkan masalah lebam bawah mata. Ambil kiub ais kecil dan golekkan di bawah mata. Jika tidak ada ais batu, anda boleh menggunakan sudu. Masukkan sahaja sudu ke dalam peti ais, setelah sudu tersebut sejuk, lekatkan ia ke bahagian mata yang bengkak. Tenang dan rehat diri seketika kerana ia mampu mempercepatkan proses menyegarkan mata. Biarkan sehingga suhu sejuk hilang anda pasti akan merasai kesegarannya.

 

 

Sumber: ikahwin.my

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna