Panaskan Lauk Raya Sampai Berhari-Hari, Ramai Tak Tahu Bahayanya Bila…

Sayang betul nak buang makanan yang kita dah masak dengan susah payah. Nak beli barang dapur pun bukannya murah. Jadi, memang kita tak akan sia-siakan makanan itu. Selagi boleh panaskan, kita buat! Benda ini bukan anda sahaja yang buat, ramai orang akan lakukan kaedah yang sama untuk pastikan lauk hari raya tak terbuang begitu sahaja

Sebenarnya kalau mengikut kepada pakar nutrisi Nutrifood, tak elok tau kalau kita asyik panaskan lauk berkali-kali. Ada beberapa jenis makanan yang dah tak segar kalau disimpan berhari-hari walaupun sudah dipanaskan. Terutama yang jenis bersantan.

BACA: Pertama Kali Jadi Perantau? Ini 5 Menu Anda Boleh Masak Hari Raya Ini

Sumber: FMT

Macam mana nak tahu makanan basi?

Ada yang guna teknik rasa makanan. Tapi cara ini tak digalakkan oleh pakar tau. Mereka lebih menyarankan kita hidu bau makanan. Kalau dah rasa lain macam, elok jangan santap dan panaskan.

Sayur-sayuran

Ada sebab kenapa tak boleh panaskan lauk yang berasaskan sayur-sayuran terlalu kerap. Ini kerana, gizi dan khasiat sayur boleh hilang terutama bagi makanan yang mengandungi vitamin C dan B. Jadi, maksimum nak panaskan lauk bersayur ialah dua kali sahaja menurut pakar.

Sumber: Dapur Maya

Dah alang-alang kita berada di fasa PKP yang menghalang aktiviti kunjung-berkunjung. Masaklah sekadar cukup untuk isi perut ahli keluarga kita. Kalau masak banyak sangat nanti takut membazir pula. Mana-mana lauk pun kalau asyik dipanaskan akan kurang rasa umph nya!

BACA: Dah Melantak Macam-Macam Waktu Raya, Ini 3 Benda Kena Buat Nak Diet Balik!

Masaklah sekadar sederhana, kalau teringin lagi. Kita masak semula. Tak ada masalah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna