Pakar Sarankan Ibu Bapa Bacakan Buku Cerita Kepada Anak Sebelum Tidur Supaya…

Zaman gajet ini, kadangkala kita selalu beri anak-anak kita banyak masa menghadap gajet sampailah mereka tertidur. Mungkin anda rasa ia adalah perkara normal yang dilakukan semua ibu bapa.

Tapi tahukah anda, sebenarnya ada cara lebih baik untuk membuatkan anak anda gembira dan pada yang sama dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak?

via GIPHY

Menurut pakar psikologi, Ratih Ibrahim mengatakan membaca buku cerita kepada anak-anak sebelum tidur dapat meningkatkan kemampuan dan bahasa terutama kepada anak-anak berusia 1 hingga 5 tahun.

BACA: Ini Cara Upload Gambar Di Media Sosial Elak Jadi Mangsa Sihir

“Pada umur begini, anak anda sedang belajar untuk mempelajari perkara baru. Bercerita boleh mengasah kemampuan kognitif dan bahasa anak-anak,”

Bukan itu sahaja, bercerita dapat mengasah anak anda untuk berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah.

via GIPHY

“Imaginasi mereka akan berkembang apalagi kalau ibu dan anak melakonkan semula watak di dalam cerita yang dibaca,” tambahnya lagi.

Daru sudut interaksi sosial juga boleh membuatkan anak-anak bercakap dan meluahkan pandangan mereka mengenai kewujudan sesuatu tokoh.

BACA: Kau Tolak Sampai Anak Bini Dia Jatuh Motor, Pekerja Sektor Awam Buat Hal

Melalui cerita juga, pemahaman kosa kata anak-anak juga akan semakin bertambahdan mereka boleh menggunakan perkataan tersebut untuk meluahkan perasaan dan empati mereka.

via GIPHY

Lepas ini, ibu dan bapa bolehlah gunakan cara ini untuk mengajarkan nilai-nilai baik dengan anak-anak. Barulah kena dengan pepatah melayu yang berbunyi, melentur buluh dari rebungnya. Betul tak?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna