Pakar Nutrisi Kongsi Waktu Terbaik Untuk Sarapan Pagi

Kebiasaanya waktu sarapan pagi ni memang mencabar. Bayangkanlah, mana nak siapkan anak-anak lagi sampai rambut sendiri pun tak sempat nak keringkan. Donna pasti, ramai di luar sana yang tahu bahawa pengambilan sarapan adalah penting untuk memastikan anda mula kan dengan mood yang baik dan dapat meningkatkan tenaga di pagi hari.

Tapi penting sangat ke untuk pastikan bila waktu terbaik untuk sarapan? Haa jawapannya yes sangat penting! Ini kerana menurut Theresa Shank seorang pakar nutrisi mengesyorkan bahawa sebenarnya waktu terbaik untuk sarapan adalah selepas dua jam anda bangun daripada tidur. Ia akan meningkatkan selera makan serta menstabilkan kandungan gula dalam darah anda untuk sepanjang hari.

Image result for women get breakfast

Sumber: medical

Once we’re awake, our bodies need to speed up”

Bukan itu sahaja, sarapan pagi mampu mengerakkan metabolisma dalam badan bagi anda memulakan hari dengan lebih baik dan aktif. Untuk yang sering pergi ke gym pada waktu pagi, mesti anda tertanya-tanya adakah patut anda makan sebelum workout atau selepas?

Jika anda bercadang untuk melakukan senaman ringan, anda disarankan untuk mengambil sekeping roti bakar sebagai alas perut tapi kalau anda melakukan kerja berat atau senaman lasak lebih baik sarapan selepas melakukan aktiviti tersebut untuk mengelakkan ketidakselesaan berlaku pada perut. Secara umumnya, idea yang paling terbaik adalah sarapan satu atau dua jam sebelum atau selepas senaman.

Image result for breakfast

Sumber: friendly

Malas Lah Nak Breakfast, Tak Penting Pun…

Haipp! Siapa yang macam ni suka skip sarapan pagi? Masih ramai lagi yang belum sedar sebenarnya jika anda tidak mengambil sarapan pagi risiko untuk mendapat penyakit diabetes. Haa bahaya kan, jadi sebelum terjadi apa-apa baik anda ubah gaya hidup anda dengan memulakan hari dengan sarapan.

Walaupun nampak remeh tapi penting tau. Dengan hanya minum segelas air untuk memberi kelembapan pada tubuh badan dan ambil makanan yang mudah seperti yogurt atau telur separuh masak dan buah.

 

 

 

 

 

 

Sumber: toodiamy

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna