Pakar Nasihat Agar Kita Luangkan Masa Di Media Sosial Selama…

Tak dinafikan musim pandemik ini, kewujudan media sosial sangat membantu kita mengetahui perkembangan semasa di dalam dan luar negara. Bukan itu sahaja, ia juga membuatkan kita dapat berhubung rapat dengan keluarga dan kawan-kawan rapat yang jauh di negeri berbeza.

Namun, kita tak dapat menafikan keburukkan penggunaan laman sosial. Ia membuatkan kita membandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Kadangkala, kita mulalah rasa tak cukup bagus atau kehidupan kita membosankan kalau nak dibandingkan dengan beberapa kawan di media sosial.

Kita tak boleh nak kawal apa yang orang lain post di laman sosial mereka. Tapi, kita boleh kawal masa yang diluangkan di  media sosial.

via GIPHY

Menurut kajian yang diterbitkan Journal of Social and Clinical Psychology pada Disember tahun lalu mereka yang mengurangkan masa melayari media sosial sehingga 30 minit sehari boleh memiliki keadaan mental yang lebih baik.

Sebuah kajian lain yang dilakukan oleh University of Pennsylvania menunjukkan hasil yang serupa. Mereka yang mengurangkan masa sehingga 30 minit di media sosial dapat meningkatkan rasa bahagia selain dapat mengurangkan rasa kesunyian dan depresi.

“Ia agak ironi sebenarnya jika kita kurangkan masa di sosial media, ia juga dapat mengurangkan perasaan sunyi dalam diri seseorang,” kata Melissa Hunt yang juga merupakan ketua penyelidik kajian berkenaan.

via GIPHY

“Ia disebabkan oleh perbandingan yang berlaku di media sosial terutamanya Instagram membuatkan kita merasakan kehidupan orang lain lebih menarik daripada apa yang kita ada,” katanya.

Sebenarnya tak semua yang dikongsikan di Instagram atau di media sosial menunjukkan kehidupan sebenar seseorang. Siapa tahu di sebalik senyuman dan gelak tawa gambar di laman sosial sebenarnya terselit kesedihan yang disembunyikan. Maklumlah, semua orang boleh bermuka-muka di hadapan kamera.

Apa pun, jom kita sama-sama cuba luangkan lebih banyak masa di alam realiti berbanding alam maya. Dengan ini, kita akan lebih  menghargai apa yang ada di sekeliling kita, kan?

 

Baca juga:

Dah Kenapa Suka Kongsi Gambar Anak di Media Sosial?

Ini Cara Upload Gambar Di Media Sosial Elak Jadi Mangsa Sihir

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Huffpost

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna