Selain badan mangsa yang ditemui dalam keadaan terapung di dalam kolam tersebut, cebisan mayatnya turut dijumpai di dalam mulut buaya terbabit. Pada mulanya kakitangan di situ melihat ada suatu objek terapung di dalam kolam Merry dan tersedar itu adalah mayat wanita malang terbabit. Mereka tidak berani mengeluarkan mayatnya dan segera meng­hubungi Balai Polis Tombariri. Ada kemungkinan dikatakan buaya itu melompat dari bahagian tepi tembok dinding dan masih kenyang kerana itu ia tidak makan keseluruhan mayat Deasy.

Sumber Foto: Dailymail

Buaya terbabit ditangkap dan dibawa ke sebuah pusat perlindungan hidupan liar di Bitung untuk memeriksa perutnya. Polis memaklumkan mereka sedang cuba mengesan pemilik asal buaya itu dipercayai seorang ahli perniagaan Jepun yang membuka pusat penyelidikan tersebut. Bagaimanapun, pemilik buaya itu tiada di situ ketika kejadian berlaku.

Sumber Foto: Dailymail

“Kami perlu mengesahkan sama ada ahli perniagaan itu ada kebenaran memiliki buaya dan hidupan akuatik lain yang mahal dalam syarikatnya. Jika tiada permit, dia akan ditahan,” kata Ketua Polis Tomohon, Raswin Sirait.