Pakar Dedahkan Rupanya Orang Gemar Warna Merah Adalah…

Semua orang mempunyai kecenderungan terhadap warna-warna tertentu. Warna yang anda sukai mungkin bukanlah warna pilihan orang lain. Kecenderungan terhadap warna juga dapat menunjukkan karakter seseorang.

Seorang penulis bernama Faber Birren menuliskan buku bertajuk The Healing Power of Color yang menjelaskan tentang rahsia dan peribadi seseorang yang menyukai warna merah. Jom kita semak apa agaknya ciri-ciri orang yang menyukai warna ini.

via GIPHY

Ada aura semulajadi

Mereka yang menyukai warna merah selalu dikaitkan dengan memiliki aura tertentu. Mereka dilihat begitu aktif dan bersungguh-sungguh menjalankan apa yang dikerjakannya. Mereka selalu bersemangat.

Pusat perhatian

Selain itu, mereka yang menyukai merah juga menunjukkan mereka sering menjadi perhatian dan memiliki ‘sesuatu’ yang membuat orang tertarik padanya. Dia cenderung melakukan perkara yang disukai orang lain.

via GIPHY

Panjang akal

Mereka yang menyukai merah juga memiliki jiwa memberontak yang tinggi. Mungkin sikapnya yang  bersungguh-sungguh dan selalu bersemangat itu membuatkan dia tidak selesa untuk berlama-lama dalam sesuatu tempat. Mereka suka untuk berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Aktif

Kerana jiwa mereka berani, orang yang sukakan warna merah cenderung melakukan aktiviti lasak dan mencabar. Mereka sangat aktif sampai tak boleh duduk diam. Ada sahaja yang nak dibuatnya. Campak dekat mana-manapun dia boleh hidup.

via GIPHY

Lepas ini kalau anak anda bawa kawan datang rumah, anda bolehlah tanyakan apakah warna kesukaan dia. Kalau merah, anda tahu dah perangai kawan-kawan anak anda macam mana. Anda pula macam mana? Apa warna kesukaan anda?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Psychologia

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna