Pakaikan Si Manja ‘Neck Float’ Memang Comel, Tapi Pelbagai Risiko Boleh Terjadi!

Alahai comelnya bila lihat si kecil pakai pelampung dalam kolam renang! Haa zaman sekarang ni kebanyakan ibu bapa suka mengikut ‘trend’ dengan memberi si manja memakai baby neck float untuk kelihatan lebih menarik. Memang tidak dapat dinafikan fungsi pelampung tersebut penting untuk memastikan keselamatan anak terjamin ketika belajar berenang tapi sebenarnya pelbagai risiko bahaya yang boleh terjadi terutamanya buat bayi yang berusia di bawah lima bulan.

Menurut  Kyran Quiland seorang professor pediatrik dari Amerika berpendapat bahawa pelampung kanak-kanak mempunyai lebih banyak keburukan daripada manfaat. Hal ini kerana terlalu ramai ibu bapa yang tidak menitikberatkan tentang hal sebegini dan memandang remeh terhadap kesan buruk hasil daripada penggunaan pelampung tersebut.

Image result for baby neck float

Sumber: mirror

Bayi Mengalami Kecederaan Tulang Cervical

Never do that! Apa yang bertambah teruk, apabila ada sesetengah ibu bapa yang memberi anak mereka minum susu botol ketika memakai pelampung leher di dalam kolam renang. Anak anda mungkin akan tersedak atau tercekik kerana apabila neck float tersebut dimasukkan pada leher bayi, ia  boleh mengganggu laluan neuro yang mempunyai kaitan dengan refleksi badan sekali gus membuatkan bayi anda mungkin bertindak untuk berada dalam keadaan duduk.

Bukan itu sahaja, bayi akan menjadi pasif kerana pelampung tersebut gagal membantu evolusi asas primitif yang menyebabkan tubuh badan bayi tidak mampu bergerak seperti biasa. Apabila kecederaan tulang cervical berlaku, kemungkinan bayi tidak dapat menimbangkan badan di dalam air.

Image result for baby neck float

Sumber: pinterest 

Risiko Penggunaan Baby Neck Float 

  • Tenggelam dan lemas
  • Otot menjadi tegang
  • Gangguan saraf penting
  • Tumbesaran tulang punggung yang perlahan

Haa banyak sebenarnya risiko bahaya yang boleh terjadi. Jika masih ragu-ragu atau ada sebarang kemusykilan tentang pemakaian ‘neck float’ pada bayi lebih baik anda dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar perubatan.

 

 

 

 

 

 

Sumber: aseanparent

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna