Pakaian Kena ‘Up-To-Date’ Walaupun Di Rumah

Keselesaan dalam pilihan pakaian amat penting untuk si pemakai. Kalau tak selesa, habislah semua benda ada je tak kena. Tak payah tengok jauh, Donna ambil contoh kalau pergi kerja, tudung atau warna baju tak on-point, mesti muncung satu hari dekat pejabat. Merungut tak ke sudah.

Itu kalau kat tempat kerja, kalau pakaian kat rumah kebanyakkan kita mesti main sarung je, dah tak kisah match ke tidak warna dan corak antara baju dan seluar. Kadang-kala tu pakai baju koyak je bila dekat rumah, ahaks! Tapi apa kata lepas ni tukar gaya pemakaian dekat rumah.

Bukan apa, tak la nanti pasangan kita nampak kita selekeh bila dekat rumah tapi dekat luar bukan main lagi melaram! Tak salah kelihatan cantik-cantik, kemas-kemas depan suami. Biar nampak up-to-date! Jom lihat beberapa jenis baju yang boleh anda pakai ketika di rumah!

Pijamas

Walaupun sering dipakai waktu tidur dan coraknya ke arah mood untuk tidur, tapi sekarang pijamas mempunyai banyak corak yang cantik, elegen, santai dan trend! Contohnya baju pelakon jelita Aamyra Rosli dekat bawah ni.

Sumber: instagram Amyra Rosli

Dress labuh

Dress bukan saja pakai waktu majlis keramaian tapi sekarang dah ada pelbagai jenis dress. Dress untuk keramaian dan dress untuk tidur. Malah, dress labuh untuk di rumah banyak yang cantik-cantik ada reben, lengan panjang, simple dan warna-warna yang elegen.

Sumber: express

Dress pendek

Macam dress labuh juga, dress pendek ada pelbagai ropol, corak dan warna yang menarik. Mungkin kepada wanita yang menutup aurat di luar, boleh mengenakan dress pendek tanpa seluar panjang ketika di rumah.

Sumber: elevenia

T-shirt dan seluar pendek

Cukup dengan padanan seluar pendek dan t-shirt yang mempunyai gambar comel. Itu sudah memadai. Ringkas dan seksi! Tapi awas, janganlah pakai yang dah lusuh-lusuh ye…

Sumber: tajori

Ha.. duduk rumah pun boleh pakai cantik-cantik tau! Tip lain yang boleh kami kongsikan bila dengan suami adalah pakai pakaian yang seksi jika esoknya ada promosi hebat di mall. Fahamkan? Ihiks!

 

 

 

Sumber: Vogue

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna