Pakaian Kate Middleton Sepanjang 2018 Yang ‘Vogue’!

Kate, atau nama sebenar Catherine Middleton, diberi gelaran Catherine, Duchess of Cambridge selepas bergelar isteri kepada Prince William pada 8 tahun lalu. Sejak dari itu, penampilan dan gerak geri beliau sering diperhatikan oleh orang ramai sehinggakan digelar ikon fesyen.

Mana tidaknya, penampilan Kate sering kelihatan sangat elegan dan kemas walaupun pakaiannya bersahaja saja. Hanya menyarungkan blazer dan sepasang kasut wedges, sudah mampu membuat dirinya meletop! Mari kita lihat penampilan Kate yang santai dan elegan sepanjang 2018!

December 5, 2018

Ketika di Cypress, Kate kelihatan hanya memakai seluar hitam skinny, baju hitam, kasut boot, blazer Klasik bercorak garisan kotak memanjang dan menegak serta rambut di lepaskan. Sangat elegen dan santai!

October 30, 2018

Ketika di Basildon Sporting Village, London, Kate memakai blazer panjang berwarna hijau zaitun, seluar palazo denim dan rambut diikat separuh menampakkan lagi gaya matang.

June 10, 2018

Bagi penampilan gaya seorang ibu pula, Kate memakai dress panjang paras bawah lutut dan tidak berlengan dengan berwarna biru lembut.

April 19, 2018

Selalunya kita lihat Kate memakai baju yang elegen dan santai tapi kali pada April tahun lepas, Kate menunjukkan walaupun penampilan simple tapi masih lagi boleh kelihatan matang dan kemas. Hanya menyarungkan kasut putih, t-shirt lengan panjang bercorak garisan warna-warni melintang dengan jeans denim saja.

February 2, 2018

Pada musim sejuk pula, The Duchess memuat naik penampilannya ketika bercuti di Oslo, Norway. Menerusi laman Instagram miliknya, Kate menyarungkan baju sejuk berwarna oren putih dengan snowcap putih. Sangat bersahaja!

Januari 12, 2018

Ketika di New Delhi untuk program amal untuk kanak-kanak terbiar di Salaam Baalak. Pada program tersebut, Kate menggayakan dress panjang dan kasut bertutup bewarna coklat nude. Sangat sopan!

 

Tak sabar nak tunggu kompilasi fesyen Kate untuk tahun 2019 pula!

 

 

 

 

 

Sumber: GH

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna