Pakai Stokin Ketika Berpantang Tidak Perlu? Boleh Ke Doktor?

Hey! Kenapa tak pakai stokin ni? Kan tengah pantang. Nanti angin masuk ikut kaki baru tahu,”

Berpantang adalah perkara wajib bagi para ibu yang baru sahaja bersalin atau mengalami keguguran. Ini kerana dengan berpantang, ia membantu tubuh para ibu kembali segar dan menyembuhkan luka luar dan dalam. Malah, jika dilihat cara melayu tradisional berpantang, terdapat banyak pantang larangnya!

Semasa berpantang, antara perkara para ibu perlu amalkan untuk penjagaan diri mereka supaya tidak menghidapi penyakit lain pada akan datang adalah seperti bertuam berurut, bertungku, bertangas, memakai stokin, berbengkung dan lain-lain lagi.

Sumber: marni.com

Jadi, seorang Pegawai Perubatan Obstetrik dan Ginekologi yang dikenali sebagai Dr Izzat telah tampil memberitahu kepada orang ramai tentang berpantang perlu berstokin adalah mitos semata-mata, atau ayat yang lebih mudah adalah pakai stokin tidak wajib ketika berpantang.

Menurut doktor tersebut, pemakaian stokin ketika berpantang sebenarnya lebih berisiko tinggi untuk jatuh terhentak di atas lantai berbanding tidak memakai stokin. Ini kerana, apabila stokin dipakai dan para ibu berjalan di atas lantai. Kemungkinan besar akan menyebabkan si ibu boleh jatuh tersungkur di atas lantai akibat licin.

via GIPHY

Tak pakai stokin, masuk angin la nanti!

Tambahnya lagi, maksud orang dulu-dulu kata “tak pakai stokin nanti angin masuk melalui tapak kaki” adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana, tidak ada satu kajian saintifik pun membuktikan angin boleh masuk melalui kaki, tapak kaki ataupun hujung jari kaki. Tiada!

Kalau nak pakai juga, pakai stokin TED

Namun, jika para ibu ingin memakai stokin juga ketika berpantang atas kerana ingin menjaga aurat ketika tetamu datang. Ya, pakailah wahai para ibu sekalian tetapi digalakkan memakai stokin jenis Ted atau stokin compression untuk mengelakkan dari jatuh. Namun, untuk pengetahuan para ibu semua, stokin jenis ini agak sedikit ketat dan betul-betul mengikut kaki.

Walau bagaimanapun, pemakaian stokin ini adalah untuk membolehkan peredaran darah berjalan dengan normal semula selepas urat para ibu mengembang ketika meneran bayi serta mencegah daripada darah beku berlaku. Bukan untuk mencegah daripada angin masuk ke dalam kaki.

Sumber: feelgoodstore

Sumber: Dr Izzat

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna