Pakai Lengan Panjang Pun Kena Pakai Handsock Ke?

Handsock atau stokin tangan disarung pada bahagian tangan jika lengan baju yang digayakan berlengan pendek. Tapi, ada juga sesetengah wanita yang pakai handsock walaupun baju mereka berlengan panjang. Gusar terselak baju sehingga terdedah bahagian aurat iaitu, pergelangan tangan.

Ini semua kerana Islam mengajar semua kaum wanita muslim menutup aurat seluruh anggota badan kecuali bahagian muka, telapak tangan dan kaki.

via GIPHY

Ubah mentaliti…

Hakikatnya, tak semua wanita mampu berpakaian mengikut garis panduan yang ditetapkan. Mungkin mereka beranggapan dah pakai lengan panjang, kenapa nak kena pakai handsock? Atau ada yang tak pernah terfikir pun nak sarung handsock.

Ketepikan mentaliti sebegitu, cuba usaha lakukan perubahan dalam berpenampilan ke arah lebih baik. Lagipun sekarang ni ada bermacam warna handsock, bukan hanya ada warna kulit dan hitam je. So, kalau nak sedondon warna handsock dengan baju, tak jadi masalah.

Sumber: cariangoogle

Cuma, tak dapat dinafikan untuk melakukan perubahan yang drastik dalam diri bukan perkara mudah but its okay girls, at least kita cuba sikit dengan menutup bahagian lengan dengan sempurna. Langkah seterusnya, kita lakukan secara berperingkat. Lama-lama akan timbul rasa untuk menutup aurat dengan sempurna.

Apa pun, kami ingin tekankan, pemakaian handsock bukanlah satu perkara wajib tapi menutup aurat itu wajib. Jadi, tak salah kalau tak pakai handsock kalau you guys mampu menutup aurat sebaik mungkin.

Paling penting, jangan hadkan diri bila berfesyen janji tutup aurat!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja disini:

Ada Duit Atau Tidak, Ini 7 Perkara Wajib Suami Perlu Beri Kepada Isteri

Fesyen Minimalis Untuk Hujung Minggu

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna