Pakai ‘Face Mask’ Sambil Bersenam Boleh Punca Kematian?

Kini di media sosial sedang tular isu tentang pemakaian topeng muka sewaktu bersenam menyebabkan penyakit Hiperkapnia. Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila dua orang kanak-kanak di China meninggal dunia makai topeng muka sewaktu menghadiri kelas senaman.

Hal ini menjadi tanda tanya kepada orang ramai sama ada pemakaian face mask dapat memberi kesan buruk pada kesihatan atau tidak? Hm, kalau boleh menyebabkan kematian, macam mana keadaan frontliner yang perlu memakai face mask seharian?

Sumber: twitter

Hiperkapnia ialah…

Menurut laporan Reuters, penyakit Hiperkapnia ialah berpunca daripada kandungan karbon dioksida terlalu banyak di dalam sel darah. Antara simptom awal yang boleh ketahui adalah..

  1. Pening.
  2. Sakit kepala
  3. Kesukaran untuk bernafas
  4. Keletihan yang melampau.

Jika individu tersebut tidak menghiraukan simptom awal ketika pemakaian face mask berpanjangan, kemungkinan besar individu tersebut boleh mengalami sawan, kekejangan otot dan koma.

via GIPHY

Adakah pemakaian face mask boleh menyebabkan kematian?

Seorang wakil dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat menerangkan bahawa karbon dioksida akan terhasil apabila individu memakai topeng muka tapi agak tipis untuk seseorang mengalami simptom Hiperkapnia walaupun memakai topeng muka dalam tempoh yang lama.

“Bagaimanapun, pemakaian topeng muka boleh menjadi tidak selesa pada individu kerana sesetengah daripada kita  mungkin ada yang sensitif dengan karbon dioksida tapi mereka boleh buka topeng dengan cara yang betul untuk bernafas seperti biasa,”

Dia menambah lagi, bagi kes kematian yang menyebabkan pemakaian face mask adalah kerana mereka bersenam sehingga menyebabkan paru-paru mereka tidak mencukupi bekalan oksigen.

via GIPHY

Daripada penerangan ringkas dari laporan Reuters, kita boleh membuat kesimpulan bila kita sedang bersenam, pemakaian face mask tidak digalakkan.

Mungkin sebab itu jugalah kerajaan tidak membenarkan sesiapa pun berjogging atau melakukan aktiviti lasak di luar walaupun memakai topeng muka.

Bersenam dekat rumah je la ye? Tak perlu pakai topeng muka, ihiks!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Elak Pembaziran, Ambil Tahu Siapa Yang Sepatutnya Pakai Face Mask

Langkah Betul Buang ‘Face Mask’ Dalam Tong Sampah

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna