Pakai ‘Baby Powder’ Je? Ini Helah Yang Anda Belum Tahu

Lepas mandi mesti sapu ‘baby powder’ pada bayi, baru lah wangi! Opss ia bukan bermanfaat untuk bayi je tau, tapi mak-mak pun boleh guna. Kandungan dan teksturnya yang lembut, wangi serta sesuai digunakan untuk kulit yang sensitif memberi kemudahan untuk kaum wanita menggunakan ia dalam bidang kecantikan.

Ia bukan digunakan untuk finishing makeup sahaja, tetapi bagi sesiapa yang mempunyai masalah rambut sehingga lah bau badan pun boleh pakai bedak bayi sebagai bahan bagi membantu menyelesaikan masalah harian anda. Nak tahu lebih lanjut, jom teruskan pembacaan pada artikel ini dan jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan anda yang lain. Sharing is caring gitu!

Image result for use powder for hair

Sumber: hairstory

Say No More To Oily Hair! 

Bertudung mahupun tidak, cuaca panas pasti akan mengganggu dan membuatkan rambut anda tidak selesa kerana ia kering dan juga berminyak sekiranya anda melakukan pelbagai aktiviti dalam seharian. Apabila kekeringan rambut berlaku, secara tidak langsung ia akan menjadikan rambut anda berbau dan berminyak kerana liang pori pada akar rambut sudah tersumbat.

Untuk mengatasi masalah ini anda boleh menggunakan bedak bayi untuk menghilangkan minyak tersebut, dengan tabur bedak ke tapak tangan kemudian usapkan secara perlahan-lahan pada rambut.

Hapuskan Kaki Berbau

Alamak muka cantik, tapi kaki berbau? Spoilah macam tu, tapi jangan risau apa kata anda sapukan bedak bayi pada bahagian kaki anda sebelum memakai kasut. Untuk lebih selesa, anda juga boleh taburkan sedikit bedak ke dalam kasut dan bedak tersebut secara tidak langsung akan menyerap bau busuk.

Image result for use baby powder

Sumber: reader

Wajib Bawa Ke Pantai

Kalau ke pantai pasti cuaca panas dan menyebabkan anda dan anak-anak mudah berpeluh. Jadi penting untuk anda memakai bedak bayi ke seluruh badan untuk menggantikan sebagai krim pelindung cahaya matari dan mengelakkan daripada tubuh badan berminyak. Walaupun ia tidak berkesan sepenuhnya pada badan untuk melindung kulit, tetapi ia akan memberi keselesaan ketika cuaca panas.

Masker Wajah

Nak jimat tapi dalam masa yang mahu cantik? Kan mudah pakai je bedak bayi, dah terkena cahaya matahari kulit muka pun mesti terasa panas dan kelihatan merah. Jadi anda boleh letakkan sedikit air sejuk dan campurkan bedak sehingga teksturnya pekat seperti masker. Bukan sahaja meredakan tetapi wajah anda akan kelihatan lebih gebu jika digunakan secara konsisten.

Siapa kata nak cantik kena berbelanja lebih, yang penting kena lah selalu jenguk ke website Donna kerana ada pelbagai tip dan helah menarik yang anda boleh ikuti.

 

 

 

Untuk artikel seterusnya, anda boleh klik link di sini :

Abang Saya Sendiri Buka Seluar Saya Dan Jilat …Akibat Ketagih Video Lucah Adik Kandung Jadi Mangsa

 

 

 

Sumber: cosmopolitan 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna