Pakai 5 Bahan Ni Dah Boleh Buat Jus Kolesterol ‘Homemade’, Senang Je!

Dah cuba macam-macam supplement tapi kolesterol makin tinggi? Memang tak dapat dinafikan zaman sekarang ni terlalu banyak makanan yang sedap dan menarik sehingga ia menyebabkan anda tidak sedar bahawa makanan yang anda ambil setiap hari memberi kesan kepada tubuh badan dan menyebabkan risiko untuk mendapat penyakit lain lebih tinggi.

Salah satu cara untuk mengurangkan kolestrol adalah dengan mengamalkan jus kolestrol. Anda masih tercari-cari resepi jus kolesterol yang mudah? Jom ikuti resepi dibawah sebab Donna akan kongsikan cara penyediaan dan manfaat yang anda akan peroleh jika mengamalkan ia secara konsisten.

Image result for jus kolesterol

Sumber: tipsihat

Bahan-bahan

1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal
2 cawan madu asli

Cara Penyediaan

Semua bahan diatas kecuali madu asli di masukkan dalam satu periuk. Masak bahan-bahan berikut dengan api yang kecil selama 45-50 minit. Anda boleh sukat dengan paras air selepas 45 minit dalam 3-4 cawan (pengurangan disebabkan masak dengan api yang kecil tadi). Pada masa yang sama, jangan berhenti kacau ramuan tersebut supaya ianya tidak melekat pada permukaan periuk (atau berkerak). Setelah 45 minit atau sukatan menjadi 3 cawan, tutup api dan sejukkan. Kemudian campurkan madu asli dan kacau sehingga sebati. Setelah ramuan tersebut sebati, simpan dalam bekas yang tertutup.

Manfaat Daripada Jus Kolesterol

  •  Menyingkirkan toksin dalam badan
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  •  Menurunkan kadar gula untuk pesakit diabetes
  • Melawaskan penghadaman
  •  Merawat sakit dada
  • Merawat asthma, resdung, gout

Selain mengamalkan minuman ini, dinasihatkan agar anda menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk membantu menurunkan kolesterol dengan mudah.

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Tradisi Salad Melayu Hampir Dilupakan, Jom Belajar Buat Kerabu!

 

 

 

Sumber: limatsihat 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna