Padah ‘Microsleep’ Ketika Memandu, Terlelap 3 Saat, Nyawa Melayang!

Akhirnya kematian Pengasas produk kecantikan wajah terkenal, Faziani Rohban Ahmad terjawab apabila suami kepada arwah, Ahmad Shah Rizal Ibrahim tampil menceritakan apa yang berlaku kepada pihak media baru-baru ini.

Katanya, kemalangan itu terjadi kerana dirinya terlelap ketika memandu akibat terlalu penat tapi, sebelum itu dia memang bercadang dengan arwah untuk tidur sebentar dan basuh muka di stesen minyak berdekatan.

“Masa dalam perjalanan ke stesen minyak, masa tu saya tak sedar apa dalam dua saat dan lepas arwah kejut saya. Tahu-tahu kereta dah langgar belakang lori. Seminit dua kemudian, terus arwah tak ada dah,”

Sumber: metro

Pengakuan suami arwah ini tular di media sosial.

Anda boleh lihat rakaman video di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Hati-hati bila memandu…

Rentetan dari kejadian ini, salah seorang pengguna twitter memuat naik satu poster tentang ‘microsleep’ untuk memberi kesedaran pada orang ramai kesan buruk jika anda terlelap walaupun hanya 3 saat terutamanya ketika memandu kereta.

Gambar rajah penuh dari tweet di atas

Microsleep bukan saja terjadi apabila memandu tapi menonton televisyen atau mengendalikan mesin. Antara tanda bahawa anda bakal mengalami ‘microsleep’ adalah menguap berulang kali dan kelopak mata layu setiap saat.

Cara mengelakkan anda daripada ‘microsleep’, pertama sekali haruslah dapatkan tidur secukupnya iaitu 7-9 jam, dan elakkan pengambilan air kafein sebelum tidur.

Microsleep berlaku dalam tempoh 1 hingga 30 saat. Pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Bayangkan dalam jarak 20 meter, jika tidak bernasib baik nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Itu baru 70km/h, bagaimana pula dengan 100km/h? Anda kiralah sendiri.

Kepada yang merancang pulang ke kampung sempena raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi ni, rehatkan mata dan badan seketika supaya tidak menyesal seumur hidup. Lebih-lebih lagi yang pulang bersama keluarga. Pandu dengan cermat, ingat orang yang tersayang.

 

 

Sumber: Says, twitter @a_mnazrin , twitter @LelakiOnTheGo

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna