Padah Menjual Barang Tiruan Melalui Online!

Sekarang ini zaman teknologi moden, semuanya dihujung jari sehinggakan kalau anda lihat, pembelian barang keperluan seperti baju, kasut mahupun tudung ada dijual secara online. Ini kerana,  ia memudahkan orang yang sibuk bekerja untuk membeli barang.

Lebih-lebih lagi pembelian atas talian lebih cepat dan murah berbanding membeli barang di luar. Siapa je tak nak barang yang cepat dan murah kan? Tetapi adakah anda ketahui, disebabkan pembelian atas talian yang telah menjadi trend dalam kalangan masyarakat kita ini, ada sesetengah individu telah mengambil kesempatan untuk menipu duit pengguna?

Tidak cukup dengan itu, menurut satu keratan akhbar Berita Harian sejak tahun 2016, negara Malaysia telah mempunyai lebih 30,000 kes penipuan pembelian atas talian. Semakin hebat teknologi berkembang, semakin banyak jenis kes jenayah yang timbul.

Sumber: PPIM

Malah, menurut aduan yang dikumpul oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta Persatuan Penjual Kereta & Syarikat Kredit (FMC) Kuala Lumpur dan Selangor (FMC), penipuan menerusi laman web ini menyebabkan setiap mangsa kerugian antara RM500 hingga RM30,000.

Hebat bukan? Dengan menipu, senang-senang boleh dapat duit! Tak perlu keluar bekerja pun tapi anda perlu tahu, ada kesan buruk jika penipu ini ditangkap.  Antara kesannya adalah;

  1. Akan didakwa di bawah Seksyen 40 Akta kontrak 1950 sekiranya menipu barang kerana barangan yang dibeli tidak seperti ketika urusan jual beli.
  2. Akta 76 yang membenarkan mangsa untuk mengambil tindakan saman ke atas penjual.
  3. Diri sendiri terkena musibah!

Apa pun, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang kes penipuan jual barang atas talian, anda boleh dengarkan rungkaian isu dari Jannah dan Dr Rahim Kamaluddin di sini —> Kes jenayah

Sumber: PPIM

Tags: ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna