Padah Berhutang : 3 Beranak Minum Racun, Terjun Sungai

Terkejut dengan berita tiga beranak yang sanggup meminum racun sebelum terjun ke sungai hanya kerana bebanan hutang. Jelas di sini, hutang bukanlah perkara yang boleh dipandang enteng. (Berita di sini)

Sama ada anda si pemberi hutang atau anda yang berutang, keduanya mampu meninggalkan kesan negatif kepada diri individu tersebut.

Kenapa berhutang?

Sedar atau tidak, peningkatan kos hidup berbanding pendapatan isi rumah yang masih rendah memaksa sesetengah rakyat Malaysia berhutang, kata seorang pakar ekonomi.

Menurut kata Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak Prof Dr Barjoyai Bardai, kebanyakkan kita juga terpaksa berhutang untuk membeli keperluan hidup yang tidak boleh dielakkan seperti kenderaan, rumah dan kelengkapan lain.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat juga dalam kalangan rakyat yang terpaksa berhutang kerana gemar berbelanja melebihi pendapatan.

Sumber : IMoney

Hutang bawa musibah

Kalau dulu, perbuatan berhutang amat memalukan, yela, nak mintak hutang pun segan.. fikir sampai 20 kali. Tapi hari ni, si pemberi hutang pula yang segan. Sebabnya segan nak mengingati si penghutang supaya membayar hutangnya.

Buat golongan yang berusia 30 tahun ke atas, mereka sepatutnya sudah berada di tahap stabil dari segi kewangan. Namun, malang sekali tidak semua begitu. Perangai yang suka berbelanja lebih juga diamalkan di semua peringkat umur. Tambah pening, masyarakat kini suka meniru gaya hidup golongan berada sehingga sanggup berbelanja di luar tahap kemampuan (sekali lagi ia ditegaskan).

Pendidikan kewangan seharusnya bermula daripada rumah dan masyarakat kita sendiri seharusnya dipupuk dengan tabiat ini. Ibu bapa sepatutnya memupuk tabiat menabung daripada kecil untuk anak-anak mereka. Masyarakat juga seharusnya mendisiplinkan diri untuk menabung setidaknya 10 peratus daripada jumlah gaji bulanan.

Fenomena hutang bukan mainan, ia ibarat barah yang akhirnya akan memusnahkan diri kita sendiri.

Sumber : Awani , Bharian 

Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna