Pada Ibu Baru Bersalin, Sentiasa Pantau Bahagian Mata Anak Kalau Tak Boleh Buta

Selepas melahirkan zuriat, si ibu akan sibuk dengan sesi berpantang untuk menjaga luka yang masih belum sembuh selain daripada menjaga si kecil yang masih lagi tidak mampu membuka mata sepenuhnya. Kehadiran si kecil mewarnai hati dua insan tapi mampu tak kita sebagai ibu bapa mewarnai bayi tersebut dengan memberi penjagaan yang rapi?

Kalau salah jaga bayi yang sistem imunisasinya kurang, kemungkinan besar si kecil mudah dijangkiti penyakit. Perkara ini sering dinasihatkan oleh para doktor kerana penjagaan bayi bukan satu perkara yang mudah jika tiada pengetahuan atau individu yang  mahir dalam membantu memberi nasihat seperti bidan yang bertauliah.

Sumber: ismaweb

Buat para ibu terutama sekali yang baru saja bersalin buat pertama kali pertama anda perlu sentiasa memantau kesihatan dan kebersihan si kecil terutama sekali pada bahagian mata jika tidak ingin mereka buta disebabkan sikap sambil lewa anda.

Menurut salah seorang doktor klinik kesihatan, yang ingin dikenali sebagai Nimelesh, dia sering memesan pada ibu yang baru bersalin, jika ternampak mata bayi bewarna merah atau keluar nanah segeralah bawa ke klinik untuk dapatkan rawatan.

Sumber: theasianparent

“Hal ini kerana takut si manja dijangkiti Ophthalmia Neonatorum iaitu jangkitan pada mata bayi yang baru lahir di antara umur kurang dari sebulan. Jika si ibu membiarkan, keadaan mata si kecil boleh menjadi teruk, serius sehingga boleh menyebabkan kebutaan,”

Nimelesh turut menambah, kalau simptom bermula dalam tempoh 5 hari pertama, biasanya ia disebabkan oleh Gonorrhea. Jika simptom bermula apabila bayi berumur 5 hari ke atas, biasanya disebabkan oleh chlamydia. Hal ini kerana bila bayi lahir melalui vagina secara tak langsung bayi dah ada contact dengan kuman dalam birth canal.

Sumber: americanpregnancy

Yang sebenarnya banyak lagi perihal bayi yang perlu diambil kira oleh ibu dan ayah tau. Mungkin anda boleh gunakan waktu sepanjang 9 bulan mengandungkan si manja tu untuk mula mengkaji dan membaca sumber-sumber sahih tentang penjagaan bayi yang baru lahir. Bukan saja persiapan pakaian dan kelengkapan mereka je nak kena sediakan tapi mental dan pengetahuan juga kena ada ye mama!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ketahui Kedudukan’Car Seat’ Bayi Yang Betul Mengikut Peringkat Umur

Jangan Ikut Petua Merepek, Doktor Ini Ajar Cara Betul Hilangkan Kulat Susu Pada Mulut Bayi

 

 

 

 

Sumber: twitter

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna