Ozlyn Kongsi Ragam Bila Anak Susah Putus Susu

Pelakon Rozlinawaty Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Ozlyn sudah lama tidak mucul membintangi mana-mana drama atau movie. Bukan tak laku tapi mungkin dirinya ingin fokus untuk membesarkan lima orang anaknya.

Dalam membesarkan anak-anaknya, of course akan ada pelbagai ragam dan antaranya video yang dimuat naik semalam yang menunjukkan anak bongsunya, Moleiq sedang merengek minta susu badan, alahai… Manja betul!

Tapi, kesiannya Moleiq menangis teresak-esak sampai nak cakap ‘sayang mama’ pun dah tak bunyi. Ada je la akal Ozlyn nak mengusik dan ramai terhibur dengan reaksi anaknya.

Mungkin masih ada yang beranggapan susu badan tak memberi apa-apa manfaat pada si ibu selain daripada badan si ibu terasa penat, lesu, payudara terasa sakit-sakit, pergerakkan terhad dan lain-lain lagi.

via GIPHY

Itu secara fizikalnya tapi satu kajian telah dilakukan dan mereka menemui satu kelebihan untuk ibu yang menyusu badan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bahagian makanan, semakin lama si ibu meneruskan penyusuan susu kepada bayi mereka, semakin tinggi perlindungan kepada tubuh ibu daripada kanser payudara.

Apa pun, pemakanan juga memain peranan besar dalam cerminan kesihatan kita. Jaga pemakanan, amalkan gaya hidup sihat, insyaAllah anda hindar dari penyakit berbahaya.

Jika anak dah semakin besar, ibu kena pandai menggunakan taktik sesuai supaya anak faham yang dia tidak memerlukan susu ibu lagi. Kalau nak tau cara berkesan nak hentikan anak daripada menyusu badan sebab mereka dah besar, tunggu okay!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Selepas 16 Tahun Berkahwin, Ozlynn Kongsi Tip Bahagia Berumah Tangga

Susu Badan Memang Sentiasa Ada! Jangan Bagi Alasan

 

 

 

 

Sumber: instagram

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna