Overnight Oat Hidangan Paling ‘Best’ Untuk Bersahur

Adakalanya memang tak larat nak bangun sahur awal pagi dan masak makanan berat. Mana hidangan yang boleh sediakan awal tu, memang menjadi tumpuan kaum ibu-ibu ni. Jangan risau, kami ada resepi yang mudah, sihat dan sedap! Hanya lebih kurang 10 minit je penyediaannya.

Resepi Overnight Oats ini amat sesuai untuk dimakan pada waktu sahur kerana mempunyai kandungan serat yang tinggi sekaligus dapat memberikan anda rasa kenyang dalam tempoh yang lama. Ditambah pula dengan campuran yogurt kaya dengan nutrien, amat sesuai untuk memulakan rutin harian.

Bahan-bahan

5-6 Sudu besar Rolled Oats

1 Cawan susu segar

1-2 Sudu besar Nestle Yogurt

½ Sudu besar Chia Seed

Pistachio

Pecan

Walnuts

Pisang

Strawberi

Cara penyediaan

Masukkan separuh rolled oats ke dalam Mason jar, kemudian masukkan susu kemudian yogurt dan kacau hingga sekata. Masukkan lebihan rolled oats, pisang, chia seed, strawberi dan semua jenis kacang. Tutup rapat mason jar. Simpan dalam peti sejuk semalaman dan nikmatinya!

Mudah sajakan penyediaan hidangan sahur yang sihat dan lazat ni? Jangan risau, bahan-bahan tu semua anda boleh dapatkan di pasaraya Giant yang berdekatan. Selamat bersahur!

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna