Orang Suka Melatah Ada Masalah Psikologi?

Oh mak kau meletup, haa..letup..kebabom..eh..eh letop.” Itu salah satu yang terkeluar daripada mulut si pelatah. Bukan sahaja terkeluar perkataan yang bukan-bukan, kadangkala mereka turut sama menari atau melakukan pelbagai perbuatan. Semestinya orang yang melihat perilaku si pelatah ini akan terhibur dan lebih galak untuk merasang mereka melatah dengan lebih lama.”

Melatah adalah satu fenomena tingkah laku yang terjadi apabila tubuh menunjukkan tindak balas ketika dalam keadaan terkejut. Orang yang ketika melatah itu kadangkala memang sangat melucukan namun kena ingat ia juga mampu mengundang padah ya.Tabiat latah tidak asing lagi di Malaysia. Aksi tersebut bukan dibuat-buat tetapi adalah respons di luar kawalan. Terdapat spekulasi yang mengatakan latah boleh berjangkit.

Namun, keadaan tersebut sukar untuk dijelaskan secara saintifik. Sebab itulah fenomena latah digolongkan sebagai masalah neuropsikiatri. Dari sudut psikiatri, latah dikategorikan sebagai sejenis dissociative disorder. Mereka yang dijangkiti latah berkemungkinan mempunyai latar belakang dan pengalaman hidup yang agak sama dengan pelatah lain. Kebanyakan individu yang melatah dianggap mempunyai personaliti seperti cepat terkejut, darah gemuruh, lemah semangat, mudah panik dan juga sering bercelaru.

Memang seronok melihat respons orang yang melatah tetapi tindak-tanduk sedemikian dikhuatiri memberi kesan terhadap emosi golongan terbabit. Mereka berisiko menghidap stres, tekanan emosi, cemas, keresahan dan rendah diri hinggakan keadaan tersebut menggugat aktiviti harian individu.

Pernah ada situasi individu melatah ketika sedang memegang parang, apabila diusik, secara tidak sedar pelatha tersebut terus mengejar orang sekeliling dengan parang di tangan. Melatah boleh menjadi sesuatu yang berbahaya kerana pelatah tidak dapat mengawal diri semasa terkejut. Ini kerana tindak balas mereka yang spontan kebanyakannya bersifat mempertahankan diri dan tidak mustahil untuk menjadi agresif sehingga membahayakan orang sekeliling. Oleh itu jika pelatah memegang benda tajam atau berada pada situasi yang berbahaya, janganlah mengusik mereka.

Sumber Foto: Google Image

Biasanya apabila dikejutkan oleh rangsangan yang tidak dijangka, anda pasti akan memberikan respons terkejut seperti tersentak atau mengeluarkan suara secara spontan yang sebenarnya merupakan sejenis tindak balas yang dikawal oleh stem otak. Tindak balas ini menyediakan anda untuk menghadapi situasi yang tidak dijangka, mencemaskan atau berbahaya.  Pelatah sering kali diusik dan dipermain menyebabkan mereka berasa rendah diri dan memendam perasaan masing-masing. Oleh itu lebih baik jika anda memahami golongan ini dengan lebih dekat. Terima mereka seadanya tanpa menjadikan mereka sebagai bahan gurauan untuk menghiburkan hati anda.

TIP UNTUK KURANGKAN MELATAH

  • Sentiasa amalkan sikap untuk bertenang. Jika terlampau risau, cuba jangan banyak fikir.
  • Keluar lakukan aktiviti yang menggembirakan seperti membeli-belah atau makan aiskrim.
  • Anda boleh bersuara kepada orang sekeliling agar tidak menyakat anda. Jika anda termelatah, pesan mereka agak cuba tenangkan anda.
  • Dapatkan rawatan daripada pakar, jika kelakuan latah ini mengganggu anda.

 

Sumber: myhealth

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna