“Orang Dah Mati Baru Nak Sampai Ke?” – Ini Sistem Ambulan Sebenar

Dah bagitahu detail yang dorang minta, tapi tetap tanya soalan sama 40 kali! Tolonglah naik taraf sistem tu sikit!”

Itulah luahan hati seorang wanita apabila dia mengalami pengalaman buruk ketika menghubungi pihak ambulan untuk melaporkan kemalangan. Tak cukup dengan itu, wanita yang ingin dikenali @izzatiidrs ini turut meminta pihak mereka memperbaiki sistem.

Ramai terkena, kenapa jadi macam ni?

Malah, situasi ini bukan berlaku pada @izzatiidrs saja tapi pada orang lain juga. Malah, kalau ada yang pesakit dalam keadaan nazak pun ambulan minta detail berkali-kali.

Hm, kenapa tahap sistem ambulan Malaysia macam ni? Tak ada siapa yang boleh jelaskan ke kenapa perkhidmatan ambulan sebegini rupa?

Penjelasan sebenar…

Rentetan penularan feedback negatif dari @izzatiidrs, kami menghubungi salah seorang pekerja hospital bahagian kecemasan, Saiful (bukan nama sebenar) untuk meminta penerangan ringkas tentang isu ini.

“Sebenarnya selepas saja ada individu yang melaporkan terjadi kemalangan, pihak ambulan sudah pun bersiap sedia untuk bergerak ke tempat kejadian. Apa-apa info yang diberikan akan didengari oleh pemandu dan jururawat dalam ambulan supaya jururawat boleh sediakan peralatan yang betul,”

Sumber: twitter

“Takut sesat…”

Dia turut menjelaskan mengapa soalan ditanya berulang kali. Ini kerana untuk memastikan individu yang melaporkan terus tetap bersama mereka untuk mencari kawasan kejadian yang tepat supaya tak sesat atau salah kawasan.

“Seterusnya, individu yang melaporkan selalunya dalam keadaan panik dan maklumat yang diberikan kadang-kala tak tepat dan celaru. Jadi, untuk memastikan info yang kami diterima tepat, pihak ambulan terpaksa soal banyak kali untuk confirmation,”

“Soal pesakit nazak…”

Tambahnya lagi, pihak kami juga perlu memeriksa sama ada van ambulan mencukupi ada atau tidak. Maklumlah, kadang-kadang satu hari kes kami terima bukan satu dua, kadang-kala back-to-back panggilan kemalangan kami terima.

“Soal menerima panggilan salah seorang ahli keluarga dalam keadaan nazak, sebenarnya tak perlu bawa ke hospital pun. Ini dipanggil palpiative care. Sebaiknya pihak keluarga atau saudara yang perlu berada di samping pesakit untuk saat-saat akhir.”

Jelas dah kan sekarang? Jadi, lepas ni kalau pihak ambulan tanya soalan berulang. Jawab dengan sabar dan tenang untuk kerjasama bersama. Itu semua adalah SOP yang perlu dipatuhi.

Semoga semua orang dalam keadaan baik-baik.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pemuda Ini Beri Hadiah Untuk Semua Kanak-Kanak Orang Asli Yang Ditahan Polis

Seminggu Awal Pacak Khemah! Lebih 20 ‘Roadblock’ Rentas Negeri Dah Bermula

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna