OMG! Gara-Gara Tak Tahan Bau Durian,12 Pekerja Pejabat Pos Masuk Hospital

Raja buah memang jadi kegilaan ramai orang. Tak cukup seulas, ada yang boleh makan sampai 3 biji seorang. Itu belum lagi bila kita nak buat bubur kacang durian makan dengan roti kosong waktu petang. Memang padu!

Tapi, tak semua orang rasa durian ini sedap dan lazat. Ada yang tak tahan dengan baunya sampai rasa nak termuntah. Biasalah, taste orang lain-lain. Tapi ini ada cerita menarik yang berlaku dekat Bavaria tentang durian.

BACA: Tak Nak Kena Tipu, Belajarlah Kenal Jenis Durian

Sumber: amazonaws.com

Semuanya bermula apabila seorang pekerja pejabat pos terhidu satu bau yang pelik dan kurang menyenangkan dalam satu bungkusan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi.

Lepas itu apalagi, mereka pun menghubungi pihak polis untuk menyiasat apa sebenarnya yang ada dalam bungkusan itu. Yelah, bau dah semacam. Entah mayat ke apa.

Sumber: Harian Metro

Semasa polis tengah buat pemeriksaan, semua kakitangan diminta untuk keluar daripada bangunan itu. Punyalah bahayanya bau bungkusan itu. Tapi rupa-rupanya dalam bungkusan itu ialah empat biji buah durian yang dihantar  daripada Thailand untuk seorang penduduk di Nuremberg.

BACA: Bagi Yang Hantu Durian Ini Lokasi Terbaik Wajib Anda Pergi!

Gara-gara bau durian yang menyengat itu, 12 pekerja dikejarkan ke hospital kerana mengalami loya manakala enam lagi dipantau doktor. Bila pemeriksaan selesai dilakukan, mereka pun menghantar kembali durian berkenaan kepada pemiliknya.

Bahaya juga eh durian ini, silap hari bulan boleh buat orang pengsan. Apapun, kelakar betul la cerita ini. Ada sesiapa nak hantar durian dekat kawan di luar negara? Hati-hati ya!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna