Oles Hirisan Halia Di bibir Untuk Efek Bibir Mungil

Halia antara herba yang sangat bermanfaat untuk kecantikan dalaman dan luaran.”

Halia berasal dari Asia Tenggara dan terkenal kerana pelbagai khasiat. Ia banyak digunakan sebagai herba dalam masakan dan juga perubatan oleh pakar herba China sejak zaman berzaman. Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam. Umum mengetahui khasiat halia dijadikan banyak penawar untuk beberapa penyakit seperti batuk, selsema, menurunkan kolestrol dan digunakan secara tradisional oleh wanita yang sedang berpantang selepas melahirkan anak atau menjalani pembedahan.

Sumber Foto: planetportexim

Ramai yang sudah tahu halia memang sangat membantu untuk menurunkan berat badan. Banyak produk pelangsingan badan hari ini yang menggunakan ekstrak halia sebagai bahan utama dalam produk mereka kerana mengakui keberkesanannya. Paling mudah kalau nak kurus amalkan sahaja air halia buatan sendiri tanpa perlu mengeluarkan bajet yang banyak. Bahan-bahan yang perlu digunakan pun mudah disediakan seperti air, halia, hirisan leman dan madu. Kupas dan hiris akar halia. Isikan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih. Tambah sehiris halia ke dalam air yang mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 15 hingga 0 minit. Tapis, tambah lemon dan madu sebagai penambah perisa untuk kurangkan rasa pedas.

Sumber Foto: healthline.com

Bukan setakat itu sahaja, manfaat halia juga berkesan dalam kecantikan. Ramai yang tidak tahu halia boleh digunakan untuk mendapatkan bibir menawan, mulut yang bersih, merawat masalah kulit atau menghilangkan bau badan.

 

Bibir Idaman

Sumber Foto: shape.com

Akibat daripada cuaca, kesihatan atau penggunaan produk kecantikkan, bibir seringkali mengalami masalah seperti kering atau menggelupas. Kebanyakkan wanita akan terus bergegas ke farmasi mencari produk membaiki kembali bibir tersebut, walhal ada petua yang cukup mudah untuk diamalkan. Gunakan sahaja halia muda yang dihiris halus atau ditumbuk. Oleskan halia dibibir, sental sedikit untuk membuang sel-sel kulit mati. Amalkan setiap minggu dan hasilnya menjadikan bibir kemerahan bak delima. Jika ada masalah mulut berbau, mengunyah halia memang berkesan menghilangkan bau kurang menyenangkan yang boleh menimbulkan ketidak selesaan orang disekeliling. Hiris halia dan rebus hingga mendidih. Selepas makan, amalkan mengunyah halia rebus ini. Kalau perasan, di restoran Jepun kerap menghidangkan hirisan halia bersama menu sajian. Fungsi halia tersebut bukan setakat sebagai lauk tambahan tetapi untuk ‘pencuci mulut’.

 

Nyah Bau Ketiak

Sumber Foto: hellosehat.com

Badan macam kerengga, muka cantik tapi sayang ketiak berbau. Aduh, rugi sangat. Kalau anda adalah individu yang badan mudah berbau dek hormon yang tidak menentu, amalkan minum air rebusan halia bersama teh setiap hari. Kalau rajin sikit buat sekali pakej lulur menggunakan halia. Caranya kisar kering beras bersama halia campurkan dengan tepung beras yang dikisar kering. Letakkan dalam bekas khas, ketika mandi ambil sedikit campuran tersebut dan gosok di bawah ketiak.

 

Wajah Idaman

Sumber Foto: indemne.fr

Hilangkan segala parut atau jerawat muka dengan topeng muka buatan campuran halia. Caranya tumbuk sedikit halia dan gaul bersama madu. Gunakan berus untuk ratakan sapauan campuran tersebut di muka. Biar kering seketika beberapa minit. Selain itu, gunakan wap rebusan halia untuk menaikkan seri muka. Rebus halia, kemudian sedut atau hidup wap panas yang terhasil. Selain dapat memberikan kulit muka anjal, cara ini juga membantu untuk menghilangkan bintik hitam dengan mudah.

 

Sumber: mrtengkuasmadi manukafeed.com

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna