Oh Patutlah Gatal! Macam Ni Rupanya Cukur Bulu Miss V Yang Betul

Bagi sesetengah wanita, mempunyai bulu di bahagian intim pasti akan mengganggu aktiviti seharian anda jika ia tidak diurus dengan rapi. Bukan itu sahaja, mencukur juga adalah salah satu cara untuk memastikan kawasan pada miss V anda bersih daripada kekotoran. Tapi mengapa sering kali selepas anda mencukur bulu akan terasa gatal?

Haa disebabkan itu ramai wanita memilih untuk menghilangkannya dengan melakukan brazilian wax berbanding mencukur. Menurut Dr Oz lebih 78 peratus wanita akan memotong dan bulu kemaluan manakala yang selebihnya mencukur habis kesemua bulu agar kelihatan cantik.

Nak tahu bagaimana cara cukur miss V yang betul? Keep scrolling okay!

Image result for gunting bulu miss v

Sumber: wanista

Gunting Terlebih Dahulu

Bagi memudahkan anda untuk mencukur, langkah pertama yang anda harus lakukan adalah menggunting bulu yang panjang supaya ia lebih teratur dan berada dalam keadaan yang rapi.

Bersihkan Dengan Sabun

Jangan cukur tanpa sabun! Penting untuk anda bersihkan kemaluan anda dengan sabun khas yang tidak mengandungi pewangi dan mampu membasmi bakteria bagi memastikan miss V anda berada keadaan lembap serta lembut. Sebaik sahaja anda meletakkan sabun pada miss V secara tidak langsung ia akan membuka liang-liang pori dan lebih mudah untuk anda cukur.

Image result for gunting bulu miss v

Sumber: blog

Alat Cukur Yang Baru

Kenapa kerap rasa gatal? Haa cuba check balik, berapa kali anda tukar pencukur kepada yang baru? Selain memastikan kebersihan terjaga ia merupakan langkah penting bagi mengelakkan keradangan dan iritasi pada kulit. So make sure before cukur tukar dulu ye!

Cukur Ke Arah Bulu Tumbuh

Mencukur bulu di bahagian miss V sama seperti anda mencukur bulu ketiak di mana anda mencukur mengikut arah bulu tumbuh. Cara ini untuk mengelakkan berlakunya ingrown hair dan menjadikan pertumbuhan bulu baru dengan rapi.

Haa lepas ni tiada lagi masalah gatal pada miss V selepas mencukur, selamat mencuba!

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini:

Kronologi Kehilangan Nora Anne Terlerai Dengan Rintihan

 

 

 

 

 

Sumber: popbela

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna