‘Oh No!’ Jangan Pakai Tangkap Muat Je Kalau Pergi Kenduri Kahwin

Alamak takda baju cantik lah nak pakai macam mana ni! Kalau dapat jemputan kenduri kahwin je mesti perkara pertama anda fikir adalah pakaian yang perlu dipakai semasa majlis. Biasalah wanita, walaupun dah banyak baju dalam almari masih lagi rasa takda baju. Haa siapa yang macam ni? Eh tapi jangan main tangkap muat je walaupun itu hanya sekadar majlis perkahwinan orang lain, anda sebagai tetamu perlu memilih baju yang sesuai untuk dipakai dalam masa yang sama still tampil cantik.

Kadang-kadang memang sukar untuk menentukan pakaian sebagai tetamu dalam majlis perkahwinan, kena fikir warna apa dan acara tersebut dijalankan di mana. Bukan itu sahaja sebagai tetamu majlis anda juga perlu menghormati pasangan dan acara yang diraikan. Jangan pening-pening, jom Donna kongsikan apa yang harus dipakai dan tidak masa wedding nanti.

Maternity Sequin Dress 

Related image

Sumber: stroenvy

Nak feeling-feeling seperti diva walaupun masih hamil? Anda boleh padankan pakaian dengan rona warna merah jambu tambah pula dengan kilaun sequin akan membuat anda tampil ‘fabulous’ dan tidak terlalu seksi.

Ruffle Blouse 

 Related image

Sumber: alibaba 

Nak kekal minimal tapi masih kelihatan elegant pada hari majlis nanti? Haa ruffle dress sangat sesuai dengan anda jika ingin kelihatan mewah dan bergaya. Dengan adanya elemen ropol ia akan memberi efek yang menonjol dan menggantikan corak pada pakaian anda.

Floral Blouse

Image result for perempuan baju kurung cotton

Sumber: ramad

Dah bosan dengan baju yang polos? Apa kata anda pilih floral blouse sebagai pakaian untuk majlis nanti? Corak bunga sangat sesuai untuk wanita yang ingin kelihatan sweet dan simple.

Gold Embroidery Blouse 

Related image

Sumber: chemek

Mungkin ramai lagi di luar sana yang masih tidak berani untuk memakai blaus yang bersulamkan corak emas. Gold Embroidery Blouse ini akan menjadikan anda lebih bersifat feminin dan mewah.

Paling penting anda kena elakkan memakai jeans, skirt pendek, selipar dan pakaian berwarna putih. Lagi satu, kalau nak berfesyen tu boleh tapi jangan sampai overshadow pula, kesian pengantin! Jom tengok list pakaian yang anda boleh pakai.

 

 

 

 

 

Sumber: goodhousekeeping

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna