Oh Ni Caranya! Kekal Langsing Dan Cantik Persis Wanita Thailand

Bila bersembang tentang kecantikan seorang wanita daripada negara luar, mesti ramai yang menyatakan wanita daripada negara Thailand memang ramai yang cantik-cantik belaka. Yang best, kecantikkan mereka ini banyak  yang semula jadi!

Penulis pernah juga terfikir apa yang wanita-wanita semua ini lakukan sehinggakan ramai kaum lelaki bersetuju dengan kecantikkan mereka ini. Rupa-rupanya, ada beberapa amalan yang mereka amalkan untuk kekal cantik dan langsing!

Jadi, hari ini penulis ingin kongsikan tip dan amalan yang diamalkan oleh mereka, pada anda semua supaya kita pun sama-sama  boleh cantik dan langsing!

Sebelum makan, minum dulu

Ladies, kebanyakkan penduduk di negara Thailand biasanya mengamalkan budaya untuk minum air dahulu sebelum memulakan makan. Budaya ini turut diamalkan di restoran-restoran di sana jua! Kalau anda yang pernah pergi ke sana,anda pasti mendapati mereka akan menyajikan air minuman terlebih dahulu sebaik sahaja kita duduk. Ia menjadi kebiasaan pada mereka untuk minum air dahulu 15 minit sebelum makan.

via GIPHY

 

Berkongsi makanan

Ada lagi satu adab makan di negara Thailand ini yang boleh dikatakan wajib diamalkan oleh mereka. Sepertinya, mereka makan secara berkongsi beramai-ramai. Kalau ikut logik pun, bila kita berkongsi makan secara tidak langsung, portion makanan yang anda makan  automatik tidak berlebihan.

Rempah ratus

Satu rahsia dalam penjagaan tubuh agar kekal langsing adalah dengan makan makanan yang mengandungi rempah dari alam semula jadi seperti serai, lengkuas, kunyit halia dan ketumbar. Bila kita selalu makan rempah ratus ini, ia akan membantu mengekalkan kesihatan tubuh dan membakar lemak dengan mudah.

Makanan segar

Ramai yang bersetuju di mana agak sukar untuk kita jumpa makanan yang frozen di sana. Hal ini disebabkan masyarakat di sana sangat mengutamakan bahan makanan yang segar. Dengan pengamalan ini, memang banyak lagi lah nutrien yang boleh didapati daripada makan makanan segar tu!

 

Senang je kan? Kalau anda berjaya langsing ikut petua ni, jangan lupa kongsikan pada Donna okay? Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

Sumber:Siraplimau.com

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna