Nyum! Resepi Paling Mudah ‘Fish And Chips’ Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Dah bosan dengan menu makan tengahari anda? Haa biasalah walaupun kebanyakan masyarakat Melayu gemar dengan hidangan lauk pauk yang pedas dan berkuah tetapi Donna pasti sekali sekala mesti anda ingin cuba masakan barat seperti chicken chop dan fish n chips! Tetapi ramai yang merungut kerana sesetengah kedai menjual satu set hidangan dengan harga yang tidak masuk akal!

Ish buat apa susah-susah kalau di rumah pun anda boleh sediakan fish n chips yang sedap lagi mudah. Haa, pastinya tekstur ikan di luar rangup dan isinya lembut di dalam. Nak tahu bagaimana caranya, jom lihat resepi di bawah.

Image result for fish n chips recipe

Sumber: carrots

Bahan Perapan 

  • 4 keping  ikan dori
  • Serbuk lada hitam
  • Lada sulah
  • Garam
  • Jus lemon

Bahan Adunan

  • 1 cawan air (secukupnya)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil tepung penaik
  • Garam secukup rasa
  • Bread crumb  

Related image

Sumber: cookies

Cara Penyediaan

Untuk bahan perap basuh ikan dori bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel. Lumurkan dengan serbuk lada hitam, lada sulah dan garam.Kemudian perah jus lemon ke atas ikan.

Satukan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan garam ke dalam bekas yang besar. Masukkan air sedikit demi sedikit kacau hingga sebati dan pastikan ia tidak berketul.  Konsistensi batter yang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali kemudian celup ikan ke dalam adunan. Lumurkan ikan dengan serbuk roti, perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak. Goreng hingga keemasan dan siap!

Nak lebih sedap hidangkan dengan kentang goreng, sos cili dan mayonis, anak-anak pun mesti suka!

 

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Bukan Kerana Orang Ketiga Tapi Disebabkan Mertua Musnah Rumah Tangga Wanita Ini

 

 

 

 

Sumber: linablogspot

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna