Normalkah Mempunyai Bulu Di Sekitar Lubang Dubur?

Topik yang memang tidak pernah kita dengar menjadi perbualan. Melainkan jika anda seorang pakar dematologi atau pun pakar yang berkaitan dengan kesihatan tubuh badan manusia, lain pula sebab dan ceritanya!

Bagi kita yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan sebegini, memang ianya merupakan satu topik yang agak sensitif dan memalukan untuk dijadikan sebagai perbualan.

Stigma seperti ini sebenarnya tidak membantu untuk mendidik masyarakat untuk mengetahui apa yang normal dan apa yang tidak normal. Bukan tidak boleh dibincang, hanya perlu bijak menyedar tentang masa dan tempat untuk berkongsi sahaja!

Oleh itu, hari ini Donna mahu menjawab persoalan ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan secara am kepada anda di luar sana. Donna pasti ini hanya untuk membuang perasaan negatif atau kerisauan tentang fizikal manusia.

Sebenarnya, mempunyai bulu di bahagian dubur adalah NORMAL bagi lelaki mahupun wanita. Dalam pada masa yang sama, normal untuk menjadikan seseorang peka terhadap tubuh badan sendiri. Sama seperti bulu tangan dan kaki, ianya mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri.

via GIPHY

 

Jadi, usah risau atau gusar untuk merasakan diri anda pelik jika memilikinya! Menurut perkongsian daripada sumber, sains mampu untuk tampil dengan jawapannya. Pungung sebenarnya dipisahkan oleh pembahagian yang digelar sebagai intergluteal cleft atau rekahan antaran otot gluteus.

Kehadiran bulu di sekitar lubang dubur sebenarnya dikenali sebagai perianal hair dan teori menyatakan ianya tumbuh kerana tiada tekanan evolusi akan penghalangan pertumbuhannya yang juga membawa kepada maksud kita mempunyai upaya untuk membiak, hidup dan mencari makanan tanpa diganggu olehnya!

Dalam pada masa yang sama, ianya juga dikatakan mempunyai teori dalam komunikasi bau dan telah memainkan banyak peranan di mana sama seperti penghasilan bau ketiak dan kawasan kemaluan.

Bulu di bahagian tersebut memegang rembesan kulit yang berminyak yang mempunyai bau yang tersendiri selain dihadam oleh bakteria di kawasan lain yang turut mempuyai bau tamabahan yang lain!

Diri kita mempunyai jumlah kimia dan spesis bakteria yang berbeza maka baunya juga akan berbeza! Bulu itu memainkan peranan sebagai lapisan perlindungan apabila dicampurkan dengan rembesan minyak dan sebum semula jadi yang membentuk pelinciran geseran antara dubur kiri dan kanan.

Semoga artikel ini dapat membatu anda memberikan kefahaman tenttang tubuh badan kita dengan lebih jelas. Usahlah gigih untuk mengubah sesuatu yang dilahirkan sihat bersama kita!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Hellodoktor.com

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna