Normal Ke Bayi Baru Lahir Kencing Berdarah?

Ketika menanti kelahiran cahaya mata terutama buat pasangan ibu bapa baru, persediaan kelengkapan seperti pakaian, permaianan, set tilam dan peralatan penyusuan merupakan perkara penting menjadi keutamaan mereka.

Tidak salah pun, cuma persedian paling penting sebenarnya adalah anda perlu mempunyai sumber pengetahuan mengenai cara mengendali bayi selepas kelahiran.  Anda perlu ambil tahu berapa jumlah diperlukan bayi untuk menyusu, bagaimana cara menjaga tali pusat, dan juga paling penting ambil tahu fungsi alat sulit bayi.

Sumber Foto: bayibarulahir

Pada hari pertama kelahiran bayi, selalunya ibu bapa akan kelihatan cemas kerana tidak berpengalaman mengetahui corak anak membuang air kecil. Mungkin sudah ada pengalaman kelahiran yang lepas, tetapi tiba-tiba seperti ‘lupa ingatan’ cara untuk mengendalikan si kecil. Seperti yang dialami ramai ibu dan bapa, mereka akan tertanya-tanya apakah warna normal air kencing bayi? Berapa kerap bayi kencing sehari? Persoalan ini semua bagus, tanda ibu bapa sangat prihatin.

Sumber Foto: majlistakon

Jangan terkejut dan panik jika melihat lampin pertama anak anda mempunyai kandungan darah berserta air kencing. Itu adalah perkara normal dan tidak perlu anda risaukan. Sebaliknya, anda hanya perlu memantau kekerapan bayi kencing dalam sehari dan apakah warna urinenya.

Sumber Foto: hot-offer

  • Hari Pertama – Air Kencing berwarna jingga kemerahan.
  • Hari Kedua – Air kencing bayi berwarna jingga cair dan sedikit merah jambu.
  • Hari Ketiga – Air kencing warna kuning kejinggaan.
  • Hari Keempat –  Air kencing berwarna kuning lemon dan hari kelima warnanya kuning cair. Kesemua keadaan itu adalah normal bagi bayi.

Bayi yang baru lahir memang kerap kencing dan ia bukan sesuatu yang pelik. Namun pada hari pertama kelahiran, bayi akan kencing sekali sahaja.  Selepas hari keenam kadar atau tempoh bayi kencing antara enam hingga lapan kali sehari. Air kencing awal bayi memang akan disertai sedikit darah. Warna kencing jingga pula bermaksud ia mengandungi nitrat salah satu komponen bilirubin, ini bermakna bayi anda memerlukan lebih cecair. Untuk mengembalikan keseimbangan cecair dalam badan bayi, susukan mereka lebih lebih kerap. Walau bagaimanapun, jika pada hari kelima bayi tidak membuang air kecil setiap empat jam, pastikan anda maklumkan kepada doktor.

 

 

 

 

Sumber: motherandbaby lifestyle.okezone

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna