Nora Danish Rindu Masa Mula-Mula Kahwin? Jom Pulihkan Hubungan Suram Lepas Anak Berderet

Adatlah dalam rumahtangga, ada masa bergaduh, ada masa gembira. Tidak semuanya indah sahaja. Ada pasang  dan surutnya bila berumahtangga ni. Pernah tak anda terfikir, bagaimana nak mengekalkan kembali bunga-bunga cinta seperti masa mula-mula perkenalan dulu?

Peratusan hubungan menjadi suram selepas bertahun berkahwin sangat tinggi dan perkara ini dialami sendiri oleh salah seorang selebriti jelita tanah air, iaitu Nora Danish. Kapsyen baru yang dimuatnaiknya berbunyi :

Missing the old us! Now serious sangat sejak jadi mak ayah Ney Ney hahahaha #taknakmacamorangtuatua please”

 

View this post on Instagram

😍 , missing the old us! Now serious sgt sejak jadi Mak & bapa Ney Ney. Hahahahaha. #taknakmcmorangtuatua pls @boss_ned

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Bagi Donna, apa yang diluahkan oleh pelakon drama bersiri ‘Puteri’ ini adalah perkara yang sama dialami oleh banyak pasangan lain. Lagi-lagi anak masih lagi kecil, pergerakkan jadi semakin terhad dengan aktiviti berdua-duaan bersama pasangan.

Jom kita lihat, bagaimana cara untuk memperbaiki hubungan yang lama suram:

1.Berkomunikasi

Salah satu punca pasangan bergaduh adalah kerana kurangnya komunikasi sesama anda. Cuba untuk berbincang masalah yang dihadapi berdua dan jangan libatkan orang lain. Kadang-kala masalah anda kecil tapi boleh menjadi besar kerana terdapat orang ketiga yang masuk campur.

2. Jangan Menipu

Bukan senang nak miliki kepercayaan pasangan semula jika anda pernah menipu mereka. Elakkan daripada menipu dan jangan simpan rahsia sesama pasangan okay.

3. Elak Ungkit-Mengungkit

Perkara ini selalu dilakukan oleh kaum wanita kerana merasakan lelaki lupa dan dengan mengungkit perkara lama mungkin mereka akan ingat semula. Namun, tanpa wanita sedari, ianya mampu meninggalkan kesan suram terhadap perhubungan anda. Lama kelamaan lelaki akan rasa meluat atau menyampah jika perkara sama yang diungkit setiap kali bergaduh.

4. Tenangkan Diri

Cuba belajar untuk tenangkan diri jika bergaduh dengan pasangan dan jika anda risau anda akan mengeluarkan kata-kata yang kasar, cuba diamkan diri seketika. Kembalilah berbincang setelah diri anda berada di dalam keadaan tenang dan pasangan juga akan menghormati anda dengan cara ini.

 

 

 

Sumber: ig Nora Danish

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna