Niat Aliff Syukri Nak Bantu Tapi Harta Abam Pula Jadi Isu

Semalam tular video live insta-story dari akaun usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menemuramah balu Allahyarham Abam, Siti Nurhidayah. Temu bual tersebut menjadi isu apabila menyentuh tentang arwah suaminya.

Menurut Nurhidayah, dia memberitahu terdapat beberapa kekangan yang dihadapinya selepas pemergian arwah membabitkan harta peninggalan Abam termasuklah kereta yang didakwa diuruskan pihak keluarga Abam.

“Sebelum ini saya bawa kereta, sekarang tak ada. Saya tak tahu sebab belah sana (keluarga Abam) yang uruskan. Saya tak berani nak jawab macam mana,” katanya dalam satu temu bual itu.

Video tersebut sampai ke pengetahuan adik kepada arwah Abam, Ali Puteh dan dia terus memuat naik satu posting menerusi laman akaun Instagram miliknya yang berbunyi “bila balu arwah abam berhati binatang”.

Bagaimanapun posting tersebut telah dipadam oleh Ali Puteh atas nasihat Achey dan ibu arwah. Tak cukup dengan itu, Ali turut memuat naik status yang ditujukan kepada Aliff Syukri yang dikatakan mengambil kesempatan dalam situasi dihadapi keluarganya ketika ini demi menaikkan viewers youtube.

Apabila pihak akhbar menghubungi Ali, dia hanya mengulas yang dia tidak boleh komen dengan lebih lanjut buat masa sekarang kerana takut akan menimbulkan fitnah dan mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan satu persatu dan akan jemput semua rakan media untuk membuat liputan. Doakan saya,” jelasnya.

Tapi, jika lihat pada faraid, adik beradik langsung tiada hak ke atas harta arwah Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan kerana arwah mempunyai anak lelaki. Hanya mak ayah kandung, isteri dan anak lelaki arwah saja yang berhak.

Apa pun terjadi di antara kedua blah pihak, semoga semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik,klik saja senarai artikel berikut:

Penjaga Kubur Bongkar Cerita Kisah Malam Selepas Abam Dikebumikan

Ini Sebab Ramai Yang Hadir Solat Jenazah Abam Bocey

 

 

 

 

Sumber: metroyoutube

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna