Ngeri! Hampir 300 Mayat Dijumpai Selepas Glasier Di Gunung Everest Mencair

Saban hari, kita sering menerima berita tentang cuaca yang tidak menentu seperti banjir, kemarau, hujan batu atau ribut taufan. Hal ini terjadi mungkin berpunca daripada pemanasan global yang menganggu ekosistem bumi.

Menurut kajian Hothouse Earth di London, kesan dari feno­mena menyebabkan suhu global telah meningkat kira-kira 1 darjah di atas paras pra-industri dan ia meningkat sekitar 0.17 C setiap dekad. Bahaya jika dibiarkan!

Sumber: irishtime

Baru-baru ini BBC telah melaporkan lebih kurang 4,800 pendaki berjaya sampai ke puncak Gunung Everest. Akan tetapi, hampir 300 pendaki gagal dan mati kesejukkan sejak percubaan pendakian pertama.

Kesan daripada itu, 300 mayat setakat ini telah dijumpai setakat ini selepas glasier di Gunung Everest mencair. Lebih mengejutkan, dua pertiga mayat masih lagi dikebumikan di atas Gunung tersebut.

Bekas Presiden Persatuan Pendaki Nepal, Ang Tshering Sherpa berkata, sebanyak 10 mayat yang dijumpai adalah mayat yang bertahun-tahun terkubur di puncak gunung. Kesan daripada pencairan glasier, beliau menjangkakan banyak lagi mangsa terkorban akan dijumpai.

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna