Seminar Keibubapaan Suhaimi Saad Dihentam Teruk

Suhaimi Saad atau lebih dikenali sebagai SS telah menjadi bualan ramai kerana fahaman sains dan agama yang berbeza. Baru-baru ini pula dia menegaskan bahawa bentuk muka ini rata, bukan bulat dan dia telah mencabar angkawasan negara pertama, Dr Sheikh Muzaffar Shukor untuk bersumpah jika benar bentuk muka bumi ini bulat.

Tidak cukup dengan itu, pada malam semalam dia telah memuat naik status di akaun Facebook-nya tentang hasratnya ingin menganjurkan seminar keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak yang bertempat di Shah Alam sebanyak RM269.

 

Seperti biasa, netizen membanjiri ruangan komen dengan menyedarkan SS bahawa dia tidak mempunyai sebarang kelayakan untuk mengajar orang ramai tentang apa pun isu memandangkan ajarannya sama sekali bercanggah dengan fahaman sains dan agama.

“Mahal sebab nak bayar hutang kan?”

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menempelak SS dengan mengatakan objektif utama dirinya membuat seminar mahal adalah disebabkan untuk membayar hutang keliling pinggang.

“Biarlah kau ‘bodoh’ sorang…”

Malah, netizen ada juga melemparkan kata-kata sindiran dengan meminta dia mengundurkan diri dari mengajar orang perkara yang tidak betul dan ada juga yang melemparkan kata-kata carut pada diri SS.

Bukanlah ingin menghentam mana-mana pihak, namun jika anda tidak mempunyai sebarang kelayakan sudah pastilah ramai akan mempersoalkan kredibiliti untuk melakukan sesuatu seperti seminar. Masyarakat kini juga bijak untuk menetukan mana yang betul dan tidak. Pesanan Donna, siapa pun kita, berbalik pada panduan yang benar dan betul iaitu Al-Quran. Selamat beramal!

 

 

 

 

 

Sumber: FB Mosus

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna