Netizen Samakan Gaun Kembang Che Ta Dengan Pulut Kuning 3 Tingkat, Apa Kes Ni?

Sebut je nama Rozita Che Wan atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta pasti ramai yang dah tahu, kalau bab fesyen dan busana dia lah artis paling letop sekali kat Malaysia ni hiks! Walaupun berusia 46 tahun, namun usia bukan penghalang buat Che Ta untuk kelihatan sentiasa menarik dan bergaya.

Jumaat lalu berlangsungnya Anugerah Skrin 2019 malam yang penuh gilang-gemilang dan dihadiri pula dengan barisan pelakon turut menampilkan pelbagai busana yang bertemakan ‘Black Tie’. Sentiasa outstanding, Che Ta telah memilih Zaimi Zukafli sebagai pereka fesyen gaun kembang kuning yang dipakai oleh artis jelita itu berserta hiasan barang kemas bernilai 7 juta pada malam tersebut.

Macam Big Bird Dan Pulut Kuning 3 Tingkat?

Bila dah jadi artis, apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi perhatian, bukan sahaja disamakan dengan watak burung dalam rancangan kanak-kanak Big Bird malah rekaan tersebut dikatakan seperti pulut kuning 3 tingkat, oh no! Walaupun Che Ta menerima komen seperti itu, namun dirinya tidak melatah dan menganggap bahawa ia adalah sesuatu perkara yang lucu.

Image result for big bird

Sumber: fathead

Che Ta Tak Cepat Melatah

“Saya sudah masak dan faham dengan perangai netizen yang mudah terhibur dengan perkara sebegini. Saya tidak kisah dan tak ambil serius pun dengan perkara itu. Sekali pandang, memang ia kelihatan serupa, tetapi tetap tak sama”

Wahai netizen! Nak bergurau pun ada batasnya, kan lebih baik jika kita dapat menghormati dan menyokong pekera fesyen tahah air. Siapa lagi kalau bukan masyarakat Malaysia untuk bangunkannya. Apa apa pun, Che Ta tetap menjadi pujaan buat kaum wanita di luar sana dalam dan Donna berharap agar Che Ta kekal untuk terus memberi idea,  sumber inspirasi dalam bidang fesyen dan kecantikan.

 

 

 

Sumber: beritaharian 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna