Netizen Puji Cara Didikan Dato’ Fazley

Menjadi tukang masak selebriti, penyanyi, usahawan dan pada masa sama juga menggalas tanggungjawab seorang suami bukanlah perkara mudah lebih-lebih lagi untuk membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Tambah pula kalau anak lebih dari satu. Pening, tak tahu mana satu nak beri perhatian.

Tapi bila melihat gaya hidup Dato’ Fazley menerusi laman Instagram miliknya, dia berjaya menguruskan masanya untuk curah kasih sayang dan beri perhatian pada keluarga kecilnya. Untungnya Azrene, bukan senang nak dapat calon suami macam ni.

“Solat dulu sebelum keluar..”

Buktinya lagi, lihatlah video yang dikongsikan oleh pelantun lagu Asmara Ini. Video yang menunjukkan anak-anak Dato’Fazley sedang menyusun sejadah di ruang tamu untuk bersedia mendirikan solat maghrib secara berjemaah.

Menerusi kapsyennya, dia mengatakan mereka sekeluarga sebenarnya ingin keluar menonton wayang pada sebelah malam tapi dia mengajak anak-anaknya melakukan perkara wajib terlebih dahulu baru boleh keluar berseronok.

Suara netizen

Melihatkan video tersebut, netizen bersetuju dan memuji cara didikan Dato’ Fazley kerana meminta anak-anaknya melunaskan tanggungjawab wajib terlebih dahulu sebelum keluar berseronok.

Mungkin susah pada mulanya untuk dijadikan rutin tapi kalau dah kita didik dan terap pada diri kanak-kanak sejak dari kecil, secara tak langsung perkara tu mesti akan jadi kebiasaan. Silap-silap anak kita yang mengingatkan kita tentang solat.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja artikel berikut: Dalam Rumah Tangga Wajib Amalkan Tip 4D , Fazley Yaakob Bersanding Lagi Selepas 13 Tahun Mendirikan Rumah Tangga

Sumber: ig fazleyyakob

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna