Netizen Luah Perasaan Dekat Angkasawan Negara, Ini Reaksi Isteri Sheikh Muszaphar Shukor

Siapa tidak mengenali angkasawan negara Malaysia, Sheikh Muszaphar Shukor yang pernah menjejakkan kaki di bulan selama 11 hari pada tahun 2007. Kepada yang mengikuti perkembangan beliau di akaun Instagram miliknya, pasti tahu jadualnya padat dengan kerja-kerja ceramah motivasi dan mendidik anak-anaknya.

Pandai mendidik dan menjaga anak serta memiliki wajah yang kacak adalah bonus tentang dirinya. Maka, tidak hairanlah doktor bedah ortopedik ini menjadi perhatian orang ramai lebih-lebih lagi kaum perempuan di luar sana.

Apa yang lebih menarik perhatian kami lagi adalah sebuah posting video yang dimuat naik oleh isterinya, Dr Halina yang menunjukkan salah seorang pelajar UPNM merasa segan bila melihat wajah kacak suaminya. Berdasarkan kapsyen isterinya,

Ni siapa ni, baik mengaku. Saya perhatikan secara live di Youtube. You are smooth adik….”

View this post on Instagram

Ni sapa ni.. baik mengaku.. 😆 . Im watching this UPNM event live on Youtube.. you are smoooooth dik.. hahahah.. jgn marah ok, saja nak sakat 😁

A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina) on

Seperti biasa, sebanyak 1,300 komen telah membanjiri posting tersebut. Rata-rata netizen meluahkan perasaan mereka bila berjumpa dengan Sheikh Muszaphar Shukor depan-depan.

Seminggu tak basuh baju!

Malah, ada juga yang berterus-terang yang angkasawan negara Malaysia pertama pernah menjadi kekasih gelap mereka suatu ketika dulu. Beraninya!

Takda masa nak merajuk!

Bagaimanapun, ini  reaksi Dr Halina bila ada netizen mengutarakan soalan adakah dirinya tidak merasa merajuk atau secalit cemburu dengan confession yang dibuat oleh orang ramai.

Amboi! Ramainya minat Dr Sheikh, nasib baiklah isteri beliau cool je. Apa-pun ingat ye, Dr. Sheikh tu suami orang.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: dr halina

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna