Netizen Jumpa Suami Lufya Dalam Aplikasi Pasangan Sejenis?

Rumah tangga mana yang tidak bergolak dan pasti ada pasang surutnya di mana untuk menguji kekuatan setiap perhubungan dalam melayari bahtera alam perkahwinan. Bila ia melibatkan soal hati dan perasaan, siapa yang sanggup bertahan bila orang yang anda sayang bertindak untuk memukul dan melukakan anda tidak kira secara luaran mahupun dalaman.

Kecoh isu rumah tangga pelakon wanita yang dikenali sebagai Lufya, bergolak apabila suaminya membuat keputusan untuk bercerai melalui Whatsapp. Beberapa hari lepas Lufya sendiri telah memuat naik satu posting berkenaan isu rumah tangganya yang kian rutuh, namun keadaan bertambah teruk apabila segelintir netizen menyatakan bahawa suaminya meminati kaum sejenis eh biar betul?

Netizen tuduh suami gay?

Netizen membanjiri ruangan komen di posting Lufya dan ada yang beranggapan bahawa pergolakan hubungan mereka terjejas kerana suaminya dijumpai dalam aplikasi Growlr iaitu salah satu mobile dating sejenis yang dikenali sebagai ‘bears’.  Namun begitu komen tersebut tidak mempunyai bukti yang kukuh dan mungkin ia hanyalah tekaan atau gurauan kasar daripada netizen.

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram

Enggan Dedah Punca Perpisahan

Memandangkan ia terlalu peribadi Dr Che Hafiz tidak mengeluarkan sebarang penjelasan dan enggan mendedahkan punca mereka berpisah untuk dikongsikan kepada umum dan dalam masa yang sama dia perlu menjaga hati kesemua pihak. Mungkin ini adalah jalan terbaik buat Lufya dan suaminya untuk masa depan anak perempuan mereka.

Perkongsian terbaru di instagram Lufya juga seakan memberi hint seakan dia pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga seperti dihebohkan media sebelum ini.

Rupanya dah lama bagi hint rumah tangga bermasalah

Jika anda perasan, Lufya pernah kongsi beberapa post di laman instagramnya sendiri yang menunjukkan dia dan suami tidak sehaluan. Seperti post di bawah ini yang dimuatnaik pada bulan May lagi.

Apa-apa pun Donna berharap agar netizen tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan isu rumah tangga mereka agar keadaan tidak bertambah teruk. Lebih baik jika anda mendoakan agar pasangan ini dapat menempuhi kehidupan dengan lebih tenang dan sabar selepas ini.

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Kenapa Perlu Sebarkan Kebencian? Pelakon Juvana Dituduh Pura-Pura Bahagia Di Laman Sosial

 

 

Sumber: infosebenar 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna