Nenas Bukan Punca Keguguran? Doktor Ini Merungkai Mitos Ketika Hamil

Waktu mengandung, apa yang dimakan oleh ibu akan diserap oleh bayi dalam kandungan. Sehinggakan ada yang mencipta pantang larang sendiri untuk tidak makan itu, kononnya akan memudaratkan bayi dalam kandungan.

Walhal, makanan tersebut boleh saja dimakan kerana mempunyai khasiatnya tersendiri. Misalnya mitos yang sangat terkenal di kalangan masyarakat kita sejak dari dulu lagi di mana buah nenas kononnya dapat mengugurkan kandungan.

Sumber: unsplash

Mengikut kajian perubatan, buah nenas mengandungi serat fiber yang bagus untuk wanita hamil dan kandungan vitamin dimana dapat membantu para ibu yang hamil mengatasi masalah sembelit.

Kepada yang belum hamil, Donna ingin memberitahu biasanya wanita yang hamil pada trimester kedua dan ketiga akan mengalami sembelit. Jadi, pengambilan nenas amatlah digalakkan untuk mengelakkan sembelit.

Tetapi perlu diingatkan kepada para ibu, walaupun buah nenas dibolehkan ketika mengandung, elakkanlah makan 10 biji nenas dalam masa sehari. Ini kerana buah nenas mengandungi asid.

Jika mengambil dengan kadar yang banyak, ia tidak memberi kesan kepada bayi dalam kandungan tetapi akan memberi kesan kepada ibu yang hamil untuk mendapat penyakit gastrik. Bersederhanalah ye makan tu.

Untuk ketahui mitos sewaktu hamil yang lain, anda boleh dengarkan podcast ais kacang bersama Dr Khairul Hafidz dan Dr Muhamad Ezzat di episod 8 topik mitos-mitos kehamilan.

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna