Negara Pertama Bebas COVID-19, Ini Strategi Baru Perdana Menteri New Zealand

Seperti semua orang sedia maklum, negara kita sudah berada di fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Sekaligus kerajaan memberi banyak kelonggaran kepada rakyat antaranya membenarkan merentas negeri.

Jika kita lihat di negara-negara luar, kebanyakannya masih ada lagi yang sedang berusaha untuk menangani wabak ini.  Paling membimbangkan adalah negara Australia. Kini keseluruhan jumlah kes dari negara tersebut lebih 2 juta!

Tapi bukan itu yang menjadi perbincangan kita dalam artikel kali ni. Apa yang menarik perhatian kami lagi apabila pihak media TRT World melaporkan Perdana Menteri negara New Zealand, Jacinda Kate Laurell Ardern mengumumkan mereka berjaya menangani masalah wabak berbahaya ini.

New Zealand negara pertama bebas COVID-19…

Sekaligus menempatkan New Zealand negara pertama yang berjaya bebas COVID-19. Pasti rakyat mereka sudah berasa selamat untuk keluar bersiar-siar dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Menurut laporan satu video, negara mereka melaporkan tiada kes baru COVID-19 selama 17 hari berturut-turut selepas membuat ujian COVID-19 ke atas lebih 40,000 rakyatnya.

“Di hospital tiada seorang pun pesakit COVID-19 sepanjang 12 hari berturut-turut. Malah, kes baru yang dilaporkan juga adalah pada 40 hari lepas iaitu sejak 28 februari lepas.

Jadi, seluruh kabinet kami bersetuju untuk mengumumkan fasa pertama dimana semua sektor ekonomi akan beroperasi seperti biasa dalam jangka masa terdekat ini,” katanya.

Strategi baru Jacinda…

Ini bermakna, rakyat mereka tidak perlu menjaga penjarakan sosial dan boleh kemana saja mereka inginkan. Dalam pada masa yang sama, Jacinda Ardern menegaskan jika terdapat pelancong asing datang melancong ke negara mereka, pihak mereka akan membuat saringan terlebih dahulu ke atas pelancong tersebut dan akan dikuarantin mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Strategi yang lain adalah:

  1. Siapa yang sakit atau diminta duduk rumah.
  2. Jika mengalami gejala seperti batuk atau selsema, perlu mendapat rawatan secepat yang mungkin.
  3. Jika batuk atau bersin, tutup menggunakan lengan bahagian pelipat siku.
  4. Jika pihak perubatan minta untuk kuarantin diri, pastikan patuh.
  5. Sebarang pembayaran digalakkan menggunakan QR Code.

Fuh! Itu baru sikit bahagian kesihatan, belum lagi kalau lihat dari sektor lain terutama bahagian keluar masuk negara mereka. Pengawasan sangat ketat! Semoga dengan fasa PKPP ni, negara kita bakal menjadi negara terawal bebas COVID-19 selepas New Zeland.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hebat! Belum Raya Lagi, Perdana Menteri Australia Dah Masak Rendang

Tak Perlu Tepuk-Tepuk! Tengok Kulit Tembikai Je Dah Boleh Tahu Manis Ke Tak

 

 

 

 

 

Sumber: TRTWORLD

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna