Neelofa Kongsi Cara Buat Jus Untuk Musim COVID-19

Tak dapat dinafikan, sesetengah rakyat Malaysia masih lagi berdegil keluar berkeliaran keluar rumah tanpa arah tuju walaupun Perdana Menteri, YAB Muhyiddin Yassin mengeluarkan perintah kawalan pergerakan disebabkan peningkatan wabak Koronavirus (COVID-19).

Lihat sajalah pasar pagi di Taiping dan Cheras, peniaga membuka gerai seperti biasa sehinggakan pihak polis mengarahkan peniaga untuk menutup gerai mereka. Tak cukup dengan itu, ada yang masih berkelah di tepi jalan seperti tiada apa yang berlaku.

Sekarang ni, bukan kedegilan sesetengah masyarakat Malaysia yang kita nak bincangkan sekarang ni sebab kalau fokus dekat mereka, memang tak mengubah apa-apa.

Untuk masa sekarang, lebih baik kita fokus pada diri kita sendiri macam mana nak kekal sihat serta meningkatkan imunisasi badan. Baru-baru ini, pengacara terkenal, Neelofa berkongsi resepi jus untuk musim COVID-19.

Resipi jus imunisasi badan

Jom kita lihat tip yang dikongsikan Neelofa menerusi instastory miliknya. Antara bahan dan cara penyediaannya adalah…

Bahan-bahan:

  1. Lobak merah 2 batang
  2. Bayam segenggam
  3. Buah epal merah
  4. Timun 1 batang
  5. Pink radish
  6. Kunyit
  7. Lemon
  8. Halia

Cara penyediaan mudah saja, kisar kesemua bahan di atas dan minum! Ya, agak pahit tapi air berkhasiat mana yang sedap? Semoga alternatif yang kita amalkan ni, dapat memberi kesihatan lebih untuk tubuh kita.

Ingat! Apa yang kita makan hari ini adalah cerminan diri kita pada masa akan datang. Selamat mencuba!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Betul Ke Pisang Dapat Elak Dari Dijangkiti Covid-19?

Lihat Keadaan KL, Lengang!

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna